CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Sarawak] Peniaga diingatkan sentiasa beretika, patuh peraturan

[Copy link]
Post time 23-12-2021 06:41 PM | Show all posts |Read mode


Tan (kiri) memeriksan harga barang semasa lawatan ke Medan Niaga Satok sempena walkabout Program Jualan Keluarga Malaysia.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak mengingatkan semua peniaga termasuk di bawah Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah KPDNHEP Negeri, Datuk Stanley Tan berkata kerajaan menyeru agar rakyat bersabar dan terus bersama kerajaan dalam waktu sukar yang luar biasa ini yang turut melanda dan memberi kesan kepada rantaian bekalan dunia dan negara.

“Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada elemen pencatutan dalam pasaran,” katanya semasa mengadakan walkabout Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Medan Niaga Satok, Kubah Ria di sini, hari ini.

Menurut beliau penganjuran di Kuching itu dilaksanakan menyusuli pelaksanaan PJKM di 177 Parlimen serentak minggu lalu di seluruh negara.

Katanya, pelaksanaan PJKM yang dikendalikan oleh KPDNHEP diadakan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dari kalangan berpendapatan rendah.

“Program ini merupakan kerjasama di antara KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) serta agensi-agensi di bawahnya dan rakan-rakan strategik dari sektor pemborong dan peruncitan dalam menangani situasi kenaikan harga barangan yang melanda dunia dan Malaysia.

“Program ini juga dirancang untuk dilaksanakan dua kali sebulan untuk tempoh 3 bulan bermula 4 Disember 2021 hingga akhir Mac 2022 merangkumi kesemua 222 kawasan parlimen di lokasi-lokasi yang akan ditentukan dan diumumkan kelak,” katanya.

Sementara itu PJKM menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Antara barang-barang yang dijual semasa program ini adalah ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan yang telah diproses.

Manakala agensi kerajaan dan rakan strategik yang terlibat terdiri dari kalangan pemain industri termasuk  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“PJKM diharap dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list