DEMAM: Mangsa yang demam dan sesak nafas dibawa turun ke Timpohon Gate.
RANAU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) menjalankan operasi membawa turun seorang pendaki wanita yang mwngalami sesak nafas dan demam di restoran Laban Rata Gunung Kinabalu di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata kejadian jam 9.30 pagi itu membabitkan mangsa berumur 32 tahun.
“Panggilan kecemasan diterima jam 9.30 pagi sebelum kita menggerakkan pasukan Mosar dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Ranau serta malim gunung untuk tindakan penyelamatan.
“Mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate memggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital menaiki kenderaan EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya. Beliau berkata operasi ditamatkan jam 2.30 petang.
utusanborneo.com.my/2021/12/23 |