CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 0

[Sabah] Isteri parah kereta terbabas di bahu jalan

[Copy link]
Post time 23-12-2021 01:13 PM | Show all posts |Read mode


PARAH: Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

TUARAN: Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki terbabas sendiri di bahu jalan berhampiran Jambatan Gayang di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Abdul Qawie Abdul Gapar berkata kejadian jam 11.21 malam itu berlaku apabila mangsa bersama suaminya menaiki kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Semasa tiba di lokasi kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di bahu jalan.

“Kemalangan menyebabkan mangsa berumur 38 tahun mengalami kecederaan parah manakala suaminya berumur 42 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari kenderaan sebelum diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.00 tengah malam,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.031074 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list