CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Sarawak] Akan naik taraf sistem perparitan, Adun Bukit Assek

[Copy link]
Post time 22-12-2021 06:02 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Projek perintis untuk menaik taraf sistem perparitan akan dilaksanakan di Lorong Tiong Hua oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bagi menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Jospeh Chieng Jin Ek berkata, projek berkenaan dirancang oleh MPS selepas mendapati sistem perparitan sedia sudah tidak dapat berfungsi dengan baik berikutan salurannya yang kecil.

“Sekiranya projek perintis ini berjaya, kita boleh laksanakan projek serupa di bahagian lain pula.

Mungkin ini tidak akan menyelesaikan masalah banjir kilat sekaligus namun ia dapat mengurangkan kerosakan serta kerugian yang ditanggung oleh penduduk,” katanya seperti dipetik TVS.

Menurut Joseph Chieng lagi, projek berkenaan dijangka akan memakan masa selama enam bulan , melibatkan pembinaan di kedua sisi Jalan Tiong Hua dengan keluasan parit selebar 2.4 meter.

“Kita harap parit besar ini apabila siap dinaik taraf kelak, ia akan dapat disambung kepada parit-parit kecil di kawasan ini,” katanya.

Beliau memberitahu, projek akan mula dilaksanakan selepas Tahun Baru Cina dan menyeru supaya penduduk memberikan kerjasama ketika proses pengukuran dilakukan bagi memastikan kelancaran projek tersebut.


sarawakvoice.com/2021/12/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.103573 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list