CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 0

[Sarawak] Op Selamat Krismas mula hari ini di seluruh Sarawak

[Copy link]
Post time 22-12-2021 05:56 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Op Selamat Krismas selama tujuh hari bermula 22 sehingga 28 Disember di seluruh Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, operasi tersebut diadakan sempena perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember ini.

“Operasi akan tertumpu kepada 57 lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya dengan melaksanakan kaedah penguatkuasaan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, lebih kurang 405 orang pegawai dan anggota polis trafik terlibat dalam operasi tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negeri ini.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai supaya menentukan laluan perjalanan yang selamat dan lancar serta lebih bertanggungjawab semasa berada di jalan raya.


sarawakvoice.com/2021/12/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list