CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 1

[Sabah] Padah lawan arus, wanita maut kemalangan

[Copy link]
Post time 22-12-2021 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Padah lawan arus, wanita maut kemalangan


KENDERAAN yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Tuaran Bypass di Kota Kinabalu awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU: Tindakan seorang wanita memandu melawan arus membawa padah apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan kenderaan lain hingga menyebabkannya maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tuaran Bypass berhadapan Dewan Kebudayaan, kira-kira pukul 1 pagi tadi,  mangsa, Florenni Dominic, 28, yang memandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Jo Ak Hang berkata, tiga mangsa lain yang mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan siasatan, Perodua Kancil dipandu mangsa melawan arus hingga bertembung dengan kenderaan Perodua Alza yang sedang menghala ke Penampang.

“Pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun menyedari kenderaan mangsa dipandu melawan arus namun tidak sempat untuk mengelak kerana jarak kenderaan yang terlalu dekat. Kedua-dua kenderaan bertembung.

“Akibat pertembungan itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua penumpang bersamanya serta pemandu Perodua Alza yang cedera parah dibawa ke hospital,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE dan sampel darah mangsa akan diambil bagi analisis alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan.

Pasukan bomba turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Sumber:https://www.utusan.com.my/terkin ... ta-maut-kemalangan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 11:26 AM | Show all posts
tak sempat mengelak ke tak perasan ada lampu kereta kat depan?
apa2 pun takziah
sebab kes pemandu mabuk dan lawan arus sejak beberapa tahun kebelakangan ni
saya dah jarang keluar jauh2 waktu malam
kalau dekat2 ok lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.099935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list