CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 0

[Sarawak] STB ada produk pelancongan jenama tempatan

[Copy link]
Post time 21-12-2021 09:04 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) telah bekerja keras dalam membina semula industri pelancongan Sarawak dalam pasca COVID-19.

Pengerusinya Dennis Ngau berkata, ini mengambil kira peluang dan struktur semula strategi secara kreatif dalam industri pelancongan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID 2030

“Hasilnya, STB telah menghasilkan inisiatif baharu, jenama tempatan, acara maya dan hibrid serta menganjurkan forum pemasaran global tahun ini.

“Ini juga termasuk Sia Sitok, Kempen Sarawak, Dana Ekosistem Dalam Talian Pelancongan Sarawak dan Pakej Insentif Pelawat,” katanya dalam ucapan perasmian di Malam Media STB 2021 yang diadakan di Hotel Imperial Miri pada Isnin.

Tambahnya lagi, melalui penghasilan pelancongan pakej tempatan, STB telah berjaya menerima sambutan menggalakkan  dalam Kempen Sia Sitok apabila lebih 800 pakej pelancongan dijual dan lebih 8,000 bilik ditempah.

Begitu juga kejayaan dua acara ikonik iaitu Rainforest World Music Festival (RWMF) yang berjaya memperoleh sejumlah 402,865 penonton meliputi 79 negara di seluruh dunia dan Borneo Jazz Festival (BJF) pula meraih 244,637 penonton dari 43 negara yang diadakan secara maya tahun ini.

Dennis Ngau juga memaklumkan STB juga telah merancang kalendar acara yang menarik pada tahun hadapan dengan pelbagai produk dan aktiviti pelancongan.

Ini termasuklah program berasaskan komuniti setempat dan inap desa, dan terus menganjurkan bengkel pembinaan kepada pemain industri pelancongan bagi memperkasakan dan mengembangkan kemahiran mereka.

Hadir sama Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor, Ahli Lembaga STB Kapitan Albert Sim Yan Leong dan Pengerusi Persatuan Wartawan Utara Sarawak Andy Jong.


sarawakvoice.com/2021/12/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list