CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 0

[Sarawak] Undi 18 belum tentu tidak memihak GPS

[Copy link]
Post time 21-12-2021 06:45 PM | Show all posts |Read mode


Kegagalan ketara PH di Sarawak terserlah apabila hanya mampu memperolehi sekadar dua kerusi dari 62 kerusi yang mereka tandingi.

Dua kerusi tersebut diperoleh dari parti gabungan DAP, menerusi Chong Jen, di N.9 Padungan (majoriti 1,988) dan Violet Yong di N.10 Pending (540).

Sementara dua lagi rakan kongsi DAP dalam PH iaitu PKR dan Amanah kalah di kesemua kerusi yang ditandingi.

PH beralasan kekalahan itu disebabkan PRN ke-12 diadakan terlalu awal sehingga mengabaikan Undi18.

Pengundi luar juga dikatakan tidak dapat pulang mengundi kerana harga tiket penerbangan yang mahal.

Justeru, daftar baharu pengundi secara automatik tidak dapat digunakan.

Sebab lain disebut Ialah capaian Internet yang tidak menyeluruh menyebabkan mesej dari parti dan calon bertanding tidak sampai kepada pengundi.

Yang jelas PH menyalahkan faktor luar atas kegagalan mereka daripada mengenal pasti kelemahan sendiri, seperti pergolakan antara kubu dalaman parti hingga timbul sabotaj terhadap penamaan calon bertanding.

Pembahagian kerusi yang tidak tuntas sesama rakan kongsi, kelemahan jentera, perkhidmatan yang tidak menyeluruh di kesemua DUN yang ditandingi dan pelbagai kelemahan dalaman yang sepatunya menjadi perhatian PH daripada menuding jari kepada orang lain.

Banyak yang perlu PH ambil iktibar pada PRN Sarawak kali ini, jika sekali lagi ingin bertapak di Bumi Sarawak pada masa akan datang.

Sementara itu, sekalipun Undi18 dibenarkan, PH perlu menyedari dan bertanya adakah semua Undi18 pasti memangkah PH?

Kenapa pula ada rasional menetapkan Undi18 tidak akan menyokong GPS?

Usahlah memandang enteng kepada kemampuan belia berusia 18 tahun menentukan pilihan mereka secara bijaksana.

Jika benar, dari segi dan faktor apakah yang memastikan Undi 18 akan menyebelahi PH dan mengabaikan GPS?


sarawakvoice.com/2021/12/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.214113 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list