KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mendedahkan bahawa postmortem (bedah siasat) seorang lelaki yang maut ditembak polis di Jalan Mendu pada malam Rabu telah selesai pagi tadi.
Katanya, hasil siasatan pihak Forensik Hospital Umum Sarawak mendapati penyebab kepada kematian adalah luka parah akibat tembakan.
Datuk Aidi menambah, sebanyak dua das tembakan terkena di perut dan satu lagi di tulang rusuk si mati.
Bercakap semasa Sidang Media Op PRN Sarawak hari ini, beliau berkata bagaimanapun jenazah telah diserahkan kepada pihak keluarga sekitar jam 11 pagi tadi untuk pengurusan pengebumian.