Seorang pekerja bangunan cedera apabila terjatuh dari perancah yang hampir tumbang dan tergantung pada tali keselamatan di Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jalan Tabuan petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.45 petang.
Setiba pasukan Bomba di lokasi kejadian, mangsa berjaya naik ke flame barrier aras lima sementara menunggu bantuan.
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki kemudian dibawa masuk ke bangunan melalui tingkap sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.