CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 0

[Sabah] Denda keterlaluan kepada pesalah SOP perlu dikaji semula

[Copy link]
Post time 18-12-2021 04:24 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula denda yang dikenakan kepada pesalah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Presiden Persatuan PKS Sabah Foo Ngee Kee (gambar) berkata, kerajaan kini yang ingin meningkatkan denda kepada individu dan syarikat adalah keterlaluan.

"Walaupun niat kerajaan adalah baik iaitu ingin mengawal penularan wabak COVID-19 dengan melaksanakan denda yang lebih berat, tetapi usaha itu akan menakutkan syarikat atau pertubuhan daripada untuk melaksanakan program kerana takut didenda.

"Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan usaha pemulihan ekonomi khususnya kepada sektor perhotelan dan pelancongan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mencadangkan denda yang berat itu boleh dikenakan kepada pelaku yang keras kepala dan tidak mengendahkan SOP ditetapkan.

Katanya, untuk mengelakkan wujudnya ketakutan dalam kalangan usahawan terhadap denda itu, Foo mencadangkan satu senarai jenis kesalahan dan denda maksimum perlu diterbitkan.

"Sebagai contohnya, tidak memakai pelitup muka dengan sempurna boleh didenda RM200, tidak memakai pelitup muka denda RM500. Kesalahan berulang yang dilakukan pesalah sama boleh didenda RM1,000 dan berikutnya.

"Untuk denda kepada peniaga, kegagalan mematuhi SOP boleh didenda bermula dengan RM20,000 dan boleh ditingkatkan sekiranya masih melakukan kesalahan sama. Untuk kesalahan yang tidak disengajakan, denda boleh dikenakan RM5,000 dan akan ditingkatkan sekiranya berulang kepada pesalah yang sama," katanya.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan sudah mempunyai sistem kompaun berdasarkan jenis kesalahan seperti meletakkan kenderaan bukan dikawasan disediakan, melanggar lampu isyarat dan sebagainya.

Foo berkata, denda yang dikenakan mengikut akta sedia ada itu akan memberikan bebanan besar bukan saja kepada usahawan PKS tetapi juga keluarga B40 yang berpendapatan rendah.

Katanya, berdasarkan peraturan sedia ada, seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 dan kesemua jumlah denda ini adalah keterlaluan khususnya dalam tempoh mencabar ini yang mana perniagaan baru mahu bangun semula.

"Kebanyakan pengusaha PKS masih berhadapan dengan aliran kewangan, pihak berkuasa sepatutnya mempunyai sikap bertolak ansur dalam soal ini dan bukannya mengenakan denda yang berat," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.197525 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list