CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 5

[Sarawak] Dulu Batman, hari ini 'Demon Slayer' pula turun mengundi

[Copy link]
Post time 18-12-2021 04:13 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Gelagat seorang lelaki mengenakan kostum watak manga dan animasi popular Jepun 'Demon Slayer' ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu di sini hari ini telah mencuri perhatian ramai.

Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama.

Aksi beliau berpakaian demikian dalam keadaan cuaca panas, bukan sahaja mencuri perhatian lensa Bernama dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengundi lain juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengannya.

Menurutnya pada PRN11 pada 2016 lepas beliau berpakaian adiwira Batman, namun dinasihati oleh petugas SPR supaya menukar pakaian terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengundi sebagai menghormati tatacara dan peraturan mengundi.

"Kali ini saya pakai baju Demon Slayer pula...mujur kali ini lepas (dibenarkan) masuk untuk mengundi, dan saya selesai mengundi pada 11.30 pagi tadi.

“PRN pun macam hari raya, bukan selalu...kita hanya mengundi lima tahun sekali, jadi saya berpakaian seperti ini untuk memeriahkan suasana," katanya ketika ditemui Bernama di pusat mengundi itu.

Peminat watak Batman yang kerap membuat persembahan nyanyian bersama kumpulan buskersnya di sekitar Miri itu turut menasihatkan rakyat Sarawak supaya menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Beliau berkata orang ramai khususnya golongan belia yang layak mengundi perlu menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih wakil rakyat untuk menjamin masa depan negeri.

Dalam saingan di DUN Piasau menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang mempertahankan kerusi DUN itu dicabar oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Teo Jia Jun; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Hanim Jaraee; Parti Bumi Kenyalang (PBK) Chung Siew Yen dan Peter Hee Leh Keng daripada DAP.
DUN Piasau mempunyai 21,337 pemilih berdaftar. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2021 04:40 PM | Show all posts


Warga emas berusia 109 tahun pengundi paling tua

KUCHING: Cuaca yang baik mengizinkan jumlah pengundi yang amat menggalakkan keluar mengundi di pusat mengundi SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, di sini.

Seawal jam 7 pagi, pusat ini sudah mula didatangi para pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar kawasan Dun Satok.

Walaupun dengan kehadiran yang ramai, keadaan di sini sangat teratur dengan pematuhan SOP yang ketat seperti penjagaan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sentiasa membersihkan tangan menggunakan cecair sanitasi.

Menurut Petugas SPR, seramai 2,554 pengundi berdaftar di pusat berkenaan dengan jangkaan 80 peratus akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat ini ditutup jam 5 petang kelak.

Katanya, pengundi berdaftar paling tua adalah warga emas lelaki berusia 109 tahun, manakala paling muda berusia 22 tahun.



by Suaraswk
December 18, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 04:42 PM | Show all posts


Abang Johari dan isteri mengundi di Padang Slpas Kuching

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isterinya Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di pusat mengundi Kompleks Sukan Satok, Padang Slpas di Jalan Muhibbah, di sini, pada jam 9.57 pagi.

Beliau hadir dengan mengenakan kemeja putih dan seluar hitam, manakala isterinya berbaju kurung berwarna krim.

Sejurus ketibaannya, beliau mengimbas MySejahtera di pusat tersebut dan kemudian mendaftar di kaunter daftar pemilih.

Kira-kira jam 10.05 pagi, Abang Johari selesai membuang undi di saluran dua dan beredar beberapa minit kemudian.

Kehadiran beliau disambut oleh Menteri Kanan Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof dan calon GPS Satok, Datuk Ibrahim Baki.

Terdahulu, Fadillah dan Ibrahim mengundi di pusat mengundi SK Rakyat Haji Bolhassan, yang terletak bersebelahannya.

Abang Johari, yang juga Pengerusi GPS merupakan mantan Adun kerusi Satok selama sembilan penggal.

Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) ini, menyaksikan Abang Johari pertama beliau kali bertanding di luar kawasan tradisinya, ditentang tiga calon muka baharu daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Parti Amanah Negara (Amanah) Kamal Bujang dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Ango.


by suaraswk
December 18, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 04:43 PM | Show all posts


Tun Taib undi di Satok

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian Padang Futsal Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS, hari ini.

Beliau hadir pada jam 11.40 pagi turut ditemani isterinya Toh Puan Raghad  Kurdi Taib.

Tun Taib yang hadir mengenakan baju batik selesai menunaikan pengundian pada jam 11.46 pagi.


sarawakvoice.com/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 04:45 PM | Show all posts


Gambar dari video dirakam orang awam menunjukkan helikopter mendarat di padang Unimas.

Cuaca buruk memaksa helikopter bawa Ketua Menteri mendarat di padang Unimas
KUCHING: Cuaca buruk memaksa helikopter membawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuat pendaratan di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan petang tadi, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, Abang Johari bersama rombongan kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat.

"Betul, helikopter yang membawa Ketua Menteri mendarat di Padang Kawad UNIMAS kerana cuaca buruk. Mereka kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat," katanya kepada Utusan Borneo.

Difahamkan Abang Johari yang merupakan calon GPS bagi kerusi DUN Gedong semasa kejadian dalam perjalanan dari Gedong ke Kuching.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2021 05:17 PM | Show all posts
[PRN Sarawak]: 52 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 52 peratus pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 3 petang.

Proses pengundian sempena pilihan raya hari ini dilihat sedikit terganggu selepas beberapa kawasan di negeri ini mula dilanda hujan bermula awal tengah hari tadi.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakan kawasan di Sarawak cerah pada sebelah pagi namun berlaku ribut petir pada sebelah petang.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi dan 3,555 saluran dibuka di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dibantu 46,565 petugas SPR.

Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini. -UTUSAN ONLINE


utusan.news/nasional
18 DISEMBER 2021, 5:13 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.075540 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list