CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 1

[Sarawak] PSB ikrar lantik KM Dayak kalau menang di Sarawak

[Copy link]
Post time 17-12-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode


Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan mencalonkan ketua menteri Dayak sekiranya ia membentuk kerajaan negeri dan mendapat perwakilan yang mencukupi daripada Adun berketurunan Dayak.

Bercakap kepada pemberita di Sibu hari ini, Presiden PSB, Wong Soon Koh menegaskan parti itu merupakan parti berbilang kaum namun sebilangan besar daripada 70 calon mereka adalah berketurunan Dayak.

“Jika kita mahu ketua menteri Dayak, keluar habis-habisan dan undi PSB. Jika kita dapat sokongan penuh daripada masyarakat Dayak – Iban, Bidayuh dan Orang Ulu – maka jelas kita akan menamakan ketua menteri Dayak.

“Dalam erti kata lain, jika anda mahukan ketua menteri Dayak, anda mesti mengundi PSB,” kata Wong.ADS

Manifesto PSB tidak secara jelas menjanjikan seorang ketua menteri berketurunan Dayak. Sebaliknya, PSB menjanjikan sebuah kerajaan negeri di mana ketua menteri dan empat timbalan menteri akan mewakili kumpulan etnik yang berbeza.

Kali terakhir Sarawak memiliki ketua menteri dari keturunan Dayak ialah Tawi Sli yang melepaskan jawatan itu pada tahun 1970 dan digantikan oleh Abdul Rahman Ya’kub. Sejak itu, jawatan ketua menteri Sarawak bukan dari kalangan kaum Dayak.

Kaum Dayak adalah etnik majoriti di Sarawak, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan.

Ini bukan kali pertama Wong mengemukakan idea untuk memilih ketua menteri Sarawak di kalangan kaum Dayak. Bagaimanapun, dia menyatakan perkara itu hari ini tanpa ditanya oleh pemberita.

Menjawab soalan mengapa PSB tidak mencalonkan ketua menteri, Wong berkata keutamaan pada masa ini adalah untuk menang terlebih dahulu sebelum memilih ketua menteri.

Wong juga menggesa masyarakat Cina menyokong calon PSB bagi memastikan komuniti mereka diwakili sekiranya parti itu membentuk kerajaan.

“Sudah pasti kerajaan PSB akan memasukkan wakil dari Sibu, Kuching, Miri dan Bintulu. Kami memerlukan perwakilan di bandar-bandar besar untuk memastikan suara semua orang dapat didengari dalam kerajaan,” katanya.

PSB meletakkan seramai 38 calon berketurunan Dayak, diikuti 18 calon Melayu-Melanau dan 14 calon berketurunan Cina.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2021 12:53 AM | Show all posts

Dayak calon Ketua Menteri hanya sentimen perkauman

KAPIT: Desakan supaya calon daripada komuniti Dayak diangkat sebagai Ketua Menteri sekadar cubaan untuk memainkan sentimen perkauman, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pemilihan untuk mana-mana calon menyandang jawatan sedemikian sebenarnya dibuat bersandarkan merit.

“Tanpa mengira kaum, seseorang calon yang bakal menyandang tugas sebagai Ketua Menteri Sarawak harus mempunyai kemampuan dan berpengalaman luas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Alexander berkata pembangkang, terutama DAP dan PSB tidak mempunyai calon yang layak untuk diketengahkan.

“Pada saya, ok, kenapa tidak, tetapi ada tak sesiapa calon yang layak dalam kalangan komuniti Dayak ketika ini, sama ada menerusi PSB atau DAP.

“Cuba tengok calon Dayak di Kapit, ada kredibiliti tak? Minta maaf, saya tak nak bersikap kejam, tetapi bila nak angkat seseorang sebagai Ketua Menteri, kena cari calon yang layak,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata GPS mempunyai calon yang layak dan sarat dengan pengalaman luas di peringkat Kerajaan Persekutuan serta mewakili komuniti Dayak.

Jelasnya, Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang mewakili PBB dan GPS adalah calon paling layak, sekiranya komuniti Dayak ingin diketengahkan sebagai Ketua Menteri seterusnya.

“Sekarang pemerintahan diterajui Abang Johari Abang Openg dan Datuk Amar Douglas kini dalam barisan pelapis daripada komuniti Dayak untuk diangkat sebagai Ketua Menteri.

“Justeru, saya rasa sudah-sudahlah, jangan berpolitik mengenai isu ini kerana ia sekadar cubaan untuk memainkan sentimen perkauman,” katanya.


by suaraswk
December 17, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.127622 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list