CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Sarawak] Sektor pelancongan diyakini mampu pulih ekonomi Miri pasca COVID-19

[Copy link]
Post time 17-12-2021 04:36 PM | Show all posts |Read mode


Sebastian menunjukkan manifesto beliau untuk rakyat di Miri dan kerusi Piasau, khasnya.

MIRI: Sektor pelancongan akan diberi tumpuan utama di Miri, kerana potensinya yang diyakini mampu memulihkan ekonomi, pasca pandemik COVID-19 bagi bahagian ini.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum ini, Datuk Sebastian Ting berkata sektor pelancongan diyakini bakal menjadi salah satu nadi utama ekonomi bukan sahaja di bahagian ini tetapi juga di utara Sarawak.

Bercakap pada sidang media di sini, Sebastian yang juga calon bagi kerusi Piasau, berazam mahu terus mempromosikan kedudukan Miri sebagai pintu masuk ke wilayah utara negeri ini dengan menjadikan empat taman negara iaitu Taman Negara Mulu, Niah, Lambir dan Loagan Bunut, sebagai tarikan utama pelancongan.

Selain itu katanya, promosi juga perlu diperhebatkan untuk Taman Negara Marin Miri-Sibuti serta terumbu karang Luconia di perairan Miri dan juga Taman Rizab Semulajadi Piasau yang terletak dalam bandar raya ini.

"Jika diberi peluang untuk kembali mewakili rakyat di kerusi Piasau, sudah tentu saya akan berusaha untuk menambah baik kemudahan pelancongan dan aksesibiliti seperti pengangkutan, penginapan, papan tanda, kemudahan awam dan sebagainya, di kawasan tumpuan pelancongan tersebut," katanya.

"Selain itu saya juga merancang untuk menubuhkan taman karavan atau Caravan Park, untuk mempromosikan pelancongan domestik.

"Namun perkara paling utama yang sentiasa kita perjuangkan seperti sebelum ini ialah menambah bilangan syarikat penerbangan antarabangsa dan laluan ke Miri," katanya lagi.
Bagi melengkapkan lagi perkara yang di atas, Sebastian mahu Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) atau laluan perjalanan hijau dengan negara jiran yang bersempadan terutamanya Brunei dan Singapura, dipercepatkan untuk mempromosikan dan memastikan sektor pelancongan yang selamat di utara negeri ini.

Ketika membentangkan manifesto beliau semalam, Sebastian berkata bantuan kewangan kepada kumpulan peniaga kecil yang terbabit dalam perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) wajar diteruskan, di samping mengalakkan lebih banyak perniagaan atas talian bagi merancakkan ekonomi digital dan memanfaatkan teknologi pengkomputeran yang semakin canggih.

Selain itu katanya, ekonomi Miri perlu digerakkan dengan hab inkubasi dan rangkaian program untuk usahawan dan golongan yang mahu memulakan perniagaan.

"Tidak dilupakan juga, bekerjasama dengan agensi tempatan untuk menjayakan program Sarawak-Malaysia My 2nd Home (s-MM2H).

"Seterusnya ialah menubuhkan lebih banyak bandar saudara untuk membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI), pertukaran budaya, asing pelajar dan pelancong, bagi merancakkan semula ekonomi Miri," ujar beliau lagi.

Beliau antara lain, mahu program sokongan kerjaya untuk graduan baharu diperbanyakkan dengan menganjurkan lebih banyak Pameran Kerjaya.

Bagi meningkatkan taraf pendidikan di Miri, lebih banyak sekolah antarabangsa milik kerajaan harus ditubuhkan untuk membolehkan pelajar tempatan mendapat pengiktirafan global seperti Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE) dan sukatan pelajaran Cambridge.

"Selain itu kita juga harus memberika lebih banyak pinjaman pelajar dan biasiswa melalui Yayasan Sarawak untuk anak-anak dari keluarga kumpulan B40 dan M40," katanya.

Sebastian memberitahu liputan jalur lebar dan capaian internet juga akan dinaik taraf dan meningkatkan peluang-peluang pembelajaran serta latihan jenis vokasional di Miri.

Dalam sektor perumahan pula, beliau memberi jaminan usaha kerajaan terdahulu untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, diteruskan selain memperkenalkan skim pelaburan belia dan subsidi kerajaan untuk pembelian rumah pertama mereka bagi isi rumah kumpulan B40 dan M40, ia bagi membantu mencapai status setinggan sifar di Miri dan Sarawak amnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/17

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040810 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list