Edited by Vellfire at 17-12-2021 04:44 PM
Sabah terus merekodkan penurunan kes baharu COVID-19
KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 di Sabah terus memperlihatkan trend penstabilan sejajar dengan trend diseluruh negara.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kumlah kes baharu COVID-19 hari ini menurun sebanyak 29 kes berbanding hari sebelumnya menjadikan jumlah terbaru 166 kes.
"Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang tertinggi kes-kes baharu di Sabah dengan 41 kes, tujuh kes lebih tinggi daripada sebelumnya.
"Diikuti oleh Tuaran dengan 27 kes (-2), Papar 18 kes (+7), Ranau 14 kes (-2), Penampang 13 kes (-5) dan Putatan 11 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 14 daerah mencatat kurang daripada 10 kes baharu termasuk lapan daerah yang merekodkan satu atau dua kes baharu sahaja.
"Tidak ada kes baharu di Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod.
"Seramai 161 orang daripada 166 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5. Kes yang melibatkan dua pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya.
utusanborneo.com.my/2021/12/17
|