CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Sarawak] Klinik satelit bakal dibina di Tabuan Jaya

[Copy link]
Post time 17-12-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU… Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Sih Hua Tong meninjau tapak Klinik Satelit di Kuching, semalam.

KUCHING: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Batu Lintang, Sih Hua Tong seorang yang sentiasa prihatin kepada rakyat.

Dr Sim berkata, Sih telah mengenal pasti satu kawasan di mana kerajaan boleh membina sebuah klinik satelit untuk keperluan seramai 120,000 penduduk di Tabuan Jaya.
Beliau menerangkan klinik satelit adalah di antara hospital kerajaan dan pakar yang akan diterapkan dalam sistem kerajaan.

“Ini adalah untuk memudahkan akses kepada kemudahan kesihatan,” katanya ketika memantau lokasi klinik satelit tersebut di sini, semalam.

Memandangkan kawasan tersebut adalah padat dengan kesesakan lalul intas, Dr Sim berkata adalah penting untuk para pesakit tiba di hospital atau klinik berdekatan dengan segera ketika kes kecemasan.

Katanya, kemudahan kesihatan adalah penting seperti apa yang berlaku dalam pandemik Covid-19 demi kesihatan semua.

Dengan hospital KPJ kurang digunakan, Dr Sim berkata banyak bilik boleh digunakan untuk pelbagai kemudahan kesihatan.

Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Sih memenangi pilihan raya ini, ini akan menjadi satu kenyataan kepada penduduk di Tabuan Jaya.

Beliau berkata ini adalah masa untuk orang ramai memberi sokongan kepada Sih untuk berkhidmat menerusi satu platform yang besar.

Sih masih berkhidmat walaupun pernah kalah dalam dua pilihan raya yang lepas dan memiliki semangat yang baik.

“Saya percaya para pengundi adalah bijak dan boleh melihat sendiri apa yang Sih telah lakukan di mana dia mempunyai rekod perkhidmatan yang amat baik selama 10 tahun ini,” katanya.

Satelit klinik ini akan menjadi satu kenyataan sekiranya Sih dipilih, kata Dr Sim.

“Kami berharap para pengundi boleh memberi Sih satu peluang untuk memberi transformasi kepada Batu Lintang,” katanya.


December 17, 2021
Utusan Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047475 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list