CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 1

Bintang realiti TV raih RM200,000 seminggu hasil jual kentut dalam balang

[Copy link]
Post time 16-12-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Stephanie Motto raih pendapatan tinggi selepas jual kentut sendiri dalam balang bersama kelopak bunga ros.

BINTANG realiti TV menemukan satu perniagaan menguntungkan iaitu menjual kentut dalam bekas dan berjaya memperoleh kira-kita RM200,000 seminggu.

Stephanie Matto yang terkenal menerusi program 90 Day Fiance mendedahkan bahawa dia menjual kentut sendiri yang ditangkap di dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.

Dia yang mempunyai 260,000 pengikut Instagram menjual produk tersebut dengan harga $1000 (RM4,000) sebekas.

Malah menjual dengan harga promosi 50 peratus baru-baru ini.

Stephanie dikenali menerusi program realiti 90 Day Fiance iaitu program yang menggandingkan pasangan tidak sesuai sama ada mereka boleh berkahwin selepas tiga bulan hidup bersama.

Walaupun dia tidak menemui pasangan dalam rancangan itu, peningkatan pengikut di laman sosial bintang itu naik mendadak.

Stephanie Motto raih pendapatan tinggi selepas jual kentut sendiri dalam balang bersama kelopak bunga ros.


Stephanie bersama bekas berisi kentut dan kelopak ros.

Stephanie juga mendakwa dia menyediakan badannya untuk mengepam gas dengan makan makanan mengandungi banyak protein, yogurt, telur rebus dan kekacang.

Dia juga memberitahu suka menghabiskan masa dengan membaca buku sambil menunggu masa untuk kentut dan memasukkan ke dalam bekas bersama kelopak ros.

Dia juga berdepan kesukaran apabila produk tersebut pada awalnya ditahan pihak kastam.

Stephanie juga memberitahu, sejak memulakan perniagaan itu, dia sedar tentang pelbagai jenis kelompok pasaran yang ada di luar sana.

"Selama bertahun-tahun, saya mendapat beberapa mesej daripada lelaki dan wanita yang ingin membeli coli, seluar dalam, rambut, air mandian dan sebagainya," ujarnya. - METRO

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2021 10:26 AM | Show all posts
Sape lah beli... mcm mcm lahhh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.085896 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list