CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 0

Bintang Running Man, Yoo Jae-suk positif Covid-19

[Copy link]
Post time 14-12-2021 11:14 AM | Show all posts |Read mode

YOO Jae-suk

Seoul: Agensi pengurusan artis Korea Selatan, Antenna mengumumkan bahawa artis mereka iaitu Yoo Jae-suk, 49, juga bintang Running Man kini disahkan positif Covid-19.

Keputusan itu diterima selepas Jae-suk yang sudah mendapat dua dos lengkap vaksin pada September lalu menjalani ujian PCR kali kedua pada pagi semalam.

"Pada 11 Disember, dia menerima makluman mengenai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan kemudiannya, terus menjalani ujian PCR pertama. Keputusannya negatif.

"Namun, dia perlu berada di bawah pemerhatian. Ketika menjalani ujian PCR kali kedua pada pagi ini (semalam), keputusannya adalah positif,"  kata agensi itu.

Bintang komedi berkenaan seterusnya membatalkan kesemua aktivitinya yang sudah dijadualkan dan mengikuti prosedur kesihatan seperti ditetapkan.

Sementara itu, wakil SBS memaklumkan bahawa aktiviti penggambaran Running Man akan diteruskan tanpa kehadiran Jae-suk berikutan dia juga tiada sebarang kontak rapat dengan kru produksi, termasuk anggota Running Man yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042162 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list