CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 13/12/2021

[Copy link]
Post time 14-12-2021 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Kes baharu COVID-19 di Sabah menurun

KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 di Sabah meneruskan trend penurunan dengan pengurangan sebanyak 16 kes berbanding jumlah semalam dengan 181 kes direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kedudukan kes jangkitan di seluruh negeri semakin stabil dan terkawal.

Katanya, hanya enam daerah yang mencatat kes baharu dua angka dengan Tuaran penyumbang utama kes di Sabah hari ini membabitkan 35 kes, diikuti Kota Kinabalu 31 kes dan Penampang 19 kes.

Menurutnya, sebanyak tujuh daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

"Seramai 173 daripada 181 pesakit adalah dalam kategori satu dan dua, kategori tiga seorang pesakit, kategori empat tiga pesakit dan kategori lima seorang pesakit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes yang melibatkan tiga pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).


utusanborneo.com.my/2021/12/13


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list