ROSAK: Kereta mangsa rosak selepas terbabas ke bahu jalan.
SEMPORNA: Tiga sekeluarga mengalami detik cemas selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Batu 2, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, hanya seorang sahaja yang mengalami kecederaan iaitu isteri pemandu berumur 35 tahun, manakala suami dan anaknya selamat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 petang.
“Susulan panggilan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, terdapat sebuah kenderaan dipercayai terbabas sendiri di bahu jalan, namun semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan,” katanya.
Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Semporna oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk pengguna jalan yang lain sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 3 petang,” katanya.
utusanborneo.com.my/2021/12/13
|