CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 0

[Sarawak] 10 hilang tempat berteduh, rumah sewa terbakar di Bekenu

[Copy link]
Post time 13-12-2021 04:30 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba sedang memadam sisa kebakaran yang meranapkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Jambu, Pantai Bungai Bekenu petang semalam.

MIRI: Seramai 10 orang penghuni hilang tempat tinggal setelah rumah sewa mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Jambu, Pantai Bungai Bekenu petang semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu memandangkan semasa kejadian, rumah itu kosong setelah penghuninya keluar bekerja.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Law Poh Kiong berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 3.24 petang.

Berikutan itu, sepasukan anggota bersama jentera pemadam dari BBP Batu Niah diketuai Pegawai Bomba Kanan II Peter Ngumbang Guyu telah bergerak ke lokasi kebakaran yang terletak pada jarak 41 kilometer.

Setiba di lokasi pada jam 4.01 petang, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang hampir ranap sepenuhnya.
"Serentak itu, pasukan bomba terus melakukan kerja-kerja pemadaman secara "offensive" menggunakan satu saluran dari pili berdekatan.

"Api yang marak berjaya dikawal dalam masa 12 minit dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya jam 5.40 petang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Difahamkan rumah itu disewa oleh pihak kontraktor untuk menempatkan 10 orang pekerjanya yang ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan di SK Kampung Selanyau, Bekenu.


utusanborneo.com.my/2021/12/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.178353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list