CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Sarawak] Keanggotaan tiga ahli Bersatu bertanding atas tiket bebas gugur secara automatik

[Copy link]
Post time 13-12-2021 11:05 AM | Show all posts |Read mode


SARATOK: Keanggotaan tiga ahli parti Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) ini atas tiket Bebas telah gugur secara automatik, kata Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (gambar).

Mereka ialah Siki Balarik di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).

“Jadi sekarang ini tidak ada ahli Bersatu yang bertanding, mereka telah pun digugurkan keanggotaan secara automatik menurut Perlembagaan Bersatu. Kita telah memberikan mereka masa dan peluang untuk menarik diri tapi tiada tindakan dibuat mereka, jadi keahlian mereka telah gugur.

“Bersatu tetap dengan pendirian tidak bertanding pada PRN Sarawak,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas hadir di Rumah Panjang Chunggat, Munggu Ubah semalam bagi membantu Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkempen untuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Friday Belik di kerusi Dewan Undangan Negeri Krian.

Isnin lepas Ali, penyandang kerusi itu membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di Krian, bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan bahawa parti itu tidak bertanding pada PRN kali ini sebaliknya memberi sokongan kepada GPS.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Saratok yang juga Naib Pengerusi Bersatu Sarawak itu akhirnya mengumumkan menarik diri atas alasan bagi memelihara muafakat dan memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional dan GPS sekali gus menyaksikan beberapa pemimpin gabungan politik itu meminta beliau menerangkan keadaan sebenar kepada pengundi.

Sebelum ini Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata parti itu tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran parti, termasuk keahlian boleh terhenti serta-merta. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list