CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 0

[Sabah] Penuntut Politeknik Tawau semakin menjadi buruan majikan

[Copy link]
Post time 13-12-2021 08:46 AM | Show all posts |Read mode


TERIMA KASIH: Alinda (tiga kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Lajulliadi.

TAWAU: Penuntut Politeknik Tawau semakin menjadi buruan majikan dan industri apabila berjaya membentangkan idea yang boleh digunakan dalam operasi serta meningkatkan produktiviti syarikat.

Terdahulu, seramai empat orang penuntut Politeknik Tawau semester 5 sesi 1:2021/2022 mengadakan lawatan industri ke Pejabat Operasi Ocean Blue Coastal Travel and Tour Sdn. Bhd di daerah Kunak.

Pensyarah Politeknik Tawau, Alinda Minsion berkata lawatan itu untuk memberi pendedahan kepada penuntut situasi sebenar industri pelancongan.

“Penuntut perlu didedahkan dan mengalami sendiri dalam menjalankan operasi sebagai organisasi yang menawarkan pakej-pakej menarik kepada pelancong.

“Selain itu, mereka berpeluang membentangkan hasil inovasi yang dibuat selepas mendapat hasil dapatan kajian ke atas syarikat-syarikat agensi pelancongan di sekitar negeri Sabah.

“Ia sekaligus dapat mempraktikan kemahiran komunikasi, keyakinan dan teknik pemasaran yang baik kepada pihak industri,” katanya.

Menurutnya, penuntut bertuah kerana berpeluang membentangkan prototaip inovasi kepada pengerusi Ocean Blue Coastal Travel and Tour Sdn. Bhd, Lajulliadi Jahidi.

“Projek inovasi yang dibentangkan adalah usaha mereka dalam membantu agensi-agensi pelancongan yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

“Projek ini memberi gambaran dan kaedah promosi yang berkesan terhadap industri serta memberi manfaat kepada pelancong dengan hanya memilih pakej-pakej yang ditawarkan,” katanya.

Katanya, maklum balas pihak agensi juga sangat positif dan idea penuntut diterima untuk tujuan promosi yang bukan sahaja semasa pandemik tetapi digunakan secara berterusan.

“Keempat-empat penuntut berkenaan turut ditawarkan pekerjaan di Ocean Blue Coastal Travel and Tour Sdn. Bhd sekiranya mereka berminat.

“Malah, Lajulliadi juga berhasrat menjalinkan hubungan kerjasama dengan penuntut bagi membangunkan dan menjayakan inovasi yang mereka bentangkan,” katanya.

  Alinda menzahirkan rasa bangga dan syukur kerana idea yang dibentangkan oleh penuntut berkenaan diterima baik oleh pihak industri.

“Ini membuktikan kualiti penuntut Politeknik Tawau sudah mencapai level yang sangat cemerlang dan berjaya diketengahkan.

“Lebih membanggakan lagi, mereka telah ditawarkan bekerja dalam agensi walaupun belum habis belajar dan ini adalah peluang yang sangat besar bagi penuntut berkenaan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/12


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038788 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list