DITEMUI: Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit di kawasan Sungai Tagas, Sukau, di sini berjaya ditemui semalam.
Mangsa, Putri Arnil, 12, ditemui oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan operasi mencari kira-kira jam 5.40 petang.
Menurut Pusat gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 pagi.
“Maklumat yang diterima, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai lemas semasa bermain berhampiran kawasan parit berkenaan.
“Susulan itu, sepasukan tiga anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi terus dijalankan bersama penduduk kampung bermula dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar parit berkenaan kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa terjatuh.
“Pasukan bomba kemudiannya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan tersebut selamat sebelum operasi ditamtkan pada jam 6.30 petang.
utusanborneo.com.my/2021/12/13
|