CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

[Sarawak] Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga Hospital Limbang terbakar, 15 selamat

[Copy link]
Post time 13-12-2021 08:34 AM | Show all posts |Read mode


Bangunan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Hospital Limbang terbakar pagi ini.

LIMBANG: Kira-kira 15 kakitangan Bahagian Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Hospital Limbang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku di bangunan unit itu pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Clarence D.Primus Tiandun berkata sekitar 13 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ngo Avan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 8.53 pagi.

Jelasnya setibanya pihak bomba di lokasi, kejadian kebakaran melibatkan struktur jenis kekal yang merupakan Pejabat Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga di Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang.

“Bagaimanapun, 15 orang kakitangan pejabat berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku,” katanya ketika ditemui media di lokasi kebakaran hari ini.

Clarence menjelaskan kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan hanya melibatkan kerosakan barang.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak dengan memecahkan siling dan juga bumbung bangunan berkenaan.

Bantuan jentera tanker turut digerakkan untuk membantu pemadaman dengan menggunakan relay pumping dari sumber air jabatan bekalan air Limbang (LAKU),” katanya.

Kata beliau bangunan Pejabat Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga ini merupakan bangunan pejabat sahaja dan tidak melibatkan tempat bagi menempatkan pesakit.

Punca kebakaran dan anggaran taksiran kerugian serta diselamatkan masih dalam siasatan.

Turut berada di lokasi Ketua Zon 7 Limbang  Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal.


utusanborneo.com.my/2021/12/12

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.081598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list