CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Sarawak] Salah guna dadah, dua remaja ditahan

[Copy link]
Post time 13-12-2021 08:26 AM | Show all posts |Read mode


Sekatan jalan raya yang dijalankan anggota polis di Jalan Haji Taha.

KUCHING: Dua remaja tempatan ditahan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi sekatan jalan raya di Jalan Haji Taha pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua remaja lelaki tersebut berumur 16 dan 17 tahun.

"Dua suspek tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Haji Taha sekitar jam 8.15 malam.

"Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas beg galas salah seorang suspek menjumpai satu bungkusan paket plastik lut sinar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dadah jenis ganja yang dijumpai.

Jelas Ashmon, paket itu mengandungi dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja seberat 21.56 gram.

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Berikutan itu tegasnya, kedua-dua suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seskyen 12 (2) akta yang sama.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua suspek tiada rekod lampau berkaitan dadah.


utusanborneo.com.my/2021/12/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.548212 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list