RASMI: Majlis perasmian yang disempurnakan secara beramai-ramai.
KOTA KINABALU: Didi pengedar sah Skuter Vespa di Malaysia kini mengumumkan bilik galeri motosikal berkenaan di sini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bilik galeri itu kini dibuka di Wisma Inanam, Stunning Bike Sdn Bhd (Vespa Kota Kinabalu).
Selain itu, bilik galeri itu juga bertindak sebagai Vespa 3S. Sebelum ini Didi telah memperkenalkan dua lagi bilik galeri di Kuantan Pahang dan Johor Bahru, Johor.
Vespa Kota Kinabalu adalah pengedar sah pertama Didi di Sabah. Pameran dalam galeri itu akan memuatkan pelbagai model vespa untuk memenuhi permintaan peminatnya di negeri ini.
Selain itu, Vespa Kota Kinabalu juga berjaya memasuki Malaysia Book of Records apabila berjaya menggunakan belon helium menaikan seni grafitti terapung yang tertinggi di negara ini.
VESPA: Antara model Skuter Vespa yang dipamerkan.
Selain itu, pelanggan juga akan menikmati perkhidmatan selepas jualan yang baik apabila pusat penyelenggaraan Vespa Kota Kinabalu 3S terletak di Wisma Inanam.
Hadir sama dalam majlis pelancaran itu ialah Pengurus Besar Didi Resources Sdn Bhd Juan Chow Wee, Ketua Jenama Piaggio Didi Resources Sdn Bhd Tan Soon Wei dan Pengasas dan Pengurus Besar Vespa Kota Kinabalu Jordan Chan.
utusanborneo.com.my/2021/12/11
|