CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 1

[Sabah] Pasukan Keselamatan perlu sentiasa bersiap siaga ancaman ceroboh Sabah

[Copy link]
Post time 11-12-2021 11:17 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Masiung (kiri), Masidi (tengah) semasa memotong riben simbolik perasmian majlis tersebut.

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan diminta untuk bersiap siaga dan mengambil langkah berjaga-jaga berhubung laporan anggota puak pemisah dari selatan Filipina bakal menyerang Sabah.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah meletakkan harapan kepada semua pasukan keselamatan negara.
“Kita tidak harus memandang remeh tentang laporan tersebut walaupun ia bersifat spekulasi media luar negara, sebaliknya perlu meningkatkan operasi terutamanya di perairan Sabah.

“Kita juga perlu mengambil iktibar peristiwa pencerobohan 9 Februari 2013 lalu dimana kehadiran bot membawa lebih 149 anggota militan mendarat di Kampung Taduo, di sini.
“Kehadiran penceroboh hanya dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam yang kemudiannya membuat laporan polis,” katanya selepas menghadiri majlis pembukaan rasmi Lahad Datu Sental di First Plam City, di sini hari ini.

Terdahulu, majlis pembukaan itu dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri Sabah.
Turut hadir, Pegawai Daerah, Dr Ayub Haji Yakob, Pengurus besar LPPB, Rosemary Ahping dan Pengarah Urusan syarikat pemaju Titi Jaya Berhad, Lim Poh Yit.

Masiung turut mengingatkan semua pihak termasuk Kementerian Pertahanan, bahawa isu berkenaan merupakan satu isyarat menunjukan puak militan negara jiran mempunyai niat tersirat ke atas Sabah.

Terdahulu, satu portal tempatan yang memetik sumber media Hong Kong, China menyatakan seramai 600 Tentera Diraja Sulu (RSA) merancang akan melancarkan serangan besar-besaran ke atas Sabah menerusi Lahad Datu, Tawau dan Semporna.

Sumber itu memetik, kekuatan hampir satu batalion itu dicapai menerusi operasi khas yang telah dirancang hasil pertemuan rahsia melibatkan 19 Datuk Bandar di Filipina.

Bagaimanapun, hanya 11 Datuk Bandar dari wilayah selatan negara itu bersetuju merekrut paling kurang 600 anggota RSA bersenjata dan bersedia untuk menyerang Sabah.

Masiung berkata, pencerobohan itu tidak mustahil akan berlaku bila-bila masa memandangkan kumpulan itu pernah membolosi perairan negeri ini dalam misi mereka 9 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut itu tidak menolak kemungkinan sudah ramai perisik RSA telah lama menyusup masuk di daerah-daerah negeri ini.

“Sama ada laporan itu benar atau tidak pasukan keselamatan perlu bersedia terutamanya di perairan bandar utama di pesisir pantai seperti Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Semporna dan Kudat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para nelayan dan orang ramai yang mungkin terserempak dengan kumpulan yang mencurigakan agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa.


utusanborneo.com.my/2021/12/11


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2021 12:35 AM | Show all posts
insyaAllah ESSCOM kita terbaik...

esscom

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043174 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list