CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Sarawak] UPM Bintulu diminta kaji nipah, padi dan rumbia

[Copy link]
Post time 11-12-2021 11:14 PM | Show all posts |Read mode


Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari dalam majlis berkenaan, semalam.

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) agar menjalankan kajian terhadap tiga tanaman iaitu nipah, padi dan rumbia.

Ini kerana menurutnya, tiga jenis tanaman terbabit berpotensi untuk dimajukan sebagai tanaman komersil di negeri ini sekaligus membolehkannya dipasarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

"Bagi tujuan itu, saya mencadang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menjalankan kajian terperinci berkenaan tiga tanaman terbabit bagi membolehkannya dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan teknologi terkini yang sesuai," ujarnya semasa sesi santai di Dewan Sidang selepas menghadiri lawatan kerja ke UPMKB semalam.

Bagi tujuan itu katanya, Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan dana bagi membolehkan universiti terbabit menjalankan kajian serta penyelidikan berkaitan dengan ketiga-tiga komoditi berkenaan.

"Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mentransformasikan kawasan Gedong, Simunjan, Asajaya, Sebuyau serta Utara negeri ini sebagai kawasan pengeluaran utama tiga jenis tanaman berkenaan," jelasnya.

Bagi tanaman beras katanya, kerajaan sememangnya berhasrat menjadikan Sri Aman sebagai mini jelapang padi Kedah sekaligus menjadikan Sarawak sebagai negeri yang kompeten dalam pengeluaran hasil padi beras negara.

Bagi merealisasikan impian kerajaan jelasnya, UPMKB harus memulakan kajian lebih mendalam mengenai penanaman padi tiga kali setahun di negeri ini dengan menggunakan teknologi yang relevan.

Begitu juga katanya tanaman nipah yang banyak terdapat di negeri ini bagi menghasilkan gula apong dan tanaman rumbia bagi menghasilkan sago yang berkualiti tinggi dengan kuantiti yang lebih banyak pada satu satu masa.

"Saya memberikan kepercayaan buat UPMKB bagi menjalankan kajian terperinci serta memikirkan teknologi yang sesuai bagi meningkatkan hasil produktiviti dengan tidak menjejaskan kualiti asal," jelas beliau.

Justeru, tegasnya, kejayaan dalam mengkomersilkan ketiga-tiga tanaman ini nanti sememangnya memberi nafas bafu buat industri berasaskan padi, nipah dan rumbia di negeri ini.


utusanborneo.com.my/2021/12/11

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list