CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 1

[Sarawak] PETRONAS, PETROS meterai MoU tingkat bekalan gas asli ke Sarawak

[Copy link]
Post time 11-12-2021 11:11 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tiga kanan) menyaksikan pemeteraian MoU antara PETRONAS dan PETROS. Turut kelihatan Hamid (dari kanan), Bakke, Sauu, Adif dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion. -Gambar Chimon Upon

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroluem Sarawak Berhad (PETROS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi meningkatkan bekalan gas asli ke Sarawak.

Majlis menandatangani MoU berlangsung di sebuah hotel di sini dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi PETRONAS Tan Sri Dato Seri Mohd Bakke Salleh.

Melalui MoU ini, bekalan gas asli ke Sarawak ditingkatkan kepada 1,200 juta kaki padu standard sehari (mmscf/d) berbanding 450 mmscf/d menjelang 2030 bagi pelaksanaan projek di bawah Peta Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).

Berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata pelan induk 10 tahun SGR direka untuk merealisasikan sepenuhnya potensi sumber gas asli Sarawak yang banyak bagi mncapai Visi 2030, ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi.

“Hari ini kita menyedari pelan induk SGR kita adalah kukuh dengan pengumuman akses kepada peningkatan dalam bekalan gas asli domestik sehingga 1200 mmscfd daripada 450 mmscfd menjelang 2030.

“Dengan peningkatan bekalan gas bagi tujuan domestik ini, kita berada di landasan untuk melaksanakan SGR kita,” katanya yang berterima kasih kepada PETRONAS atas kolaborasi berteruskan dengan kerajaan negeri dan PETROS khususnya.

Sementara itu Bakke berkata peningkatan secara berperingkat di bawah MoU ini menjadikan jumlah peruntukan gas domestik bagi Sarawak kepada 1200 mmscfd.

Ini katanya bukan sahaja menyokong aspirasi Sarawak untuk menarik pelaburan baharu dan industri tambah nilai tinggi ke negeri ini tetapi juga mendorong penerokaan huluan yang akan memperkukuhkan sumber hidrokarbon negeri.

PETRONAS ketika ini mempunyai perjanjian sedia ada untuk membekal gas asli kepada sektor kuasa dan bukan kuasa di Sarawak.

Selain itu PETRONAS turut menggalakkan pelaburan huluan dalam penerokaan lebih banyak sumber gas dan seterusnya membangunkan sumber gas terutama di Sarawak.

Dalam pada itu MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Adif Zulkifli dan PETROS diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Sauu Kakok.

Ia disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management Mohamed Firouz Asnan, Pengerusi Lembaga PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo dan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak Datu Dr Mohammad Abdullah Zaidel.


utusanborneo.com.my/2021/12/11


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2021 11:13 PM | Show all posts
Penglibatan PETROS dalam industri minyak, gas terus diperkukuh

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus memperkukuhkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam menerajui kerajaan meningkatkan penglibatan dalam industri minyak dan gas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejak diperbadankan pada 2017, PETROS telah mencapai beberapa kejayaan dalam sektor huluan dan hiliran.

Antara pencapaian dalam sektor huluan katanya, PETROS terlibat dalam penerokaan, pembangunan dan perlombongan minyak dan gas di kawasan daratan Blok SK433 berdekatan Miri dan Marudi.

Selain itu, katanya anak syarikat milik sepenuhnya PETROS iaitu Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn Bhd (PETROS EP) diiktiraf sebagai pengeluar gas ekuliti ketiga terbesar di Sarawak selepas PETRONAS Carigali dan Shell.

“Dalam hiliran, PETROS bekerja rapat dengan entiti kerajaan lain untuk meningkatkan penggunaan gas domestik menerusi inisiatif Peta Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).

“Sejak 1 Januari 2020, PETROS adalah entiti tunggal bagi membekal, menjual dan mengedar gas domestik kepada pelanggan industri dan perumahan dengan pemilikan dan pengendalian Sistem Pengedaran Gas Miri dan Bintulu.

“Pada 4 Ogos 2021, PETROS LPG memasuki kediaman dan perniagaan Sarawak bermula di bandar Kuching, Padawan dan Bau dan diperluaskan ke seluruh negeri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan PETROS bagi meningkatkan bekalan gas asli ke Sarawak di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo dan Pengerusi PETRONAS Tan Sri Dato Seri Mohd Bakke Salleh.

Tambah Abang Johari, kerajaan Sarawak telah melancarkan Visi 2030 dengan matlamat untuk mengubah Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi.

Pemboleh bagi visi, adalah untuk memacu penggunaan gas domestik dalam sektor huluan seperti penjanaan kuasa, petrokimia dan industri lain dengan menghadkan pelepasan karbon.

PETROS katanya adalah pusat sehenti bagi pengoperasian rantaian nilai gas dan minyak Sarawak dengan kolaborasi pemain dalam pasaran termasuk pelabur dan PETRONAS.

Sebab itu katanya kerajaan akan terus memperkukuhkan PETROS bagi membolehkan penyertaan aktif negeri dalam industri minyak dan gas bagi mencapai Visi 2030.


utusanborneo.com.my/2021/12/11


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045490 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list