CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 0

[Pahang] 7 keluarga mangsa kebakaran dapat tanah gantian

[Copy link]
Post time 8-12-2021 04:33 PM | Show all posts |Read mode
  

SIDANG DUN PAHANG.


Kuantan: Hanya tujuh daripada 32 keluarga yang terbabit dalam kebakaran besar di Sungai Lembing di sini pada 31 Ogos 2019 mendapat tapak gantian untuk membina semula rumah, namun masing-masing masih belum membuat permohonan sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata ini kerana, siasatan mendapati hanya tujuh keluarga terbabit yang benar-benar menetap di Sungai Lembing manakala selebihnya telah menyewa di tempat lain.

"Kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan mencari kawasan sesuai untuk membina rumah kerana cadangan asal kawasan ganti berada di kawasan tidak sesuai iaitu bercerun dan pindaan pelan bagi memuktamadkan sempadan tapak gantian adalah dalam tindakan," katanya.


Abd Rahim berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang ingin tahu penjelasan mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap mangsa kebakaran itu.

Menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-Semambu) berhubung kelewatan pembinaan semula rumah berkenaan, Abd Rahim berkata ia disebabkan tujuh keluarga yang layak menerima tapak itu masih tidak mengemukakan permohonan supaya tindakan selanjutnya boleh dimulakan.



Pada perkembangan berkaitan, Abd Rahim berkata kerajaan negeri telah menghulurkan bantuan sewajarnya kepada semua mangsa dengan peruntukan sebanyak RM31,500 daripada Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Pahang selain bantuan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Kebakaran besar yang berlaku pada 1.20 pagi 31 Ogos 2019 memusnahkan 11 rumah kongsi dan 19 rumah kedai, selain turut menyebabkan kematian sepasang suami isteri warga emas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM3.64 juta untuk 25 projek di bawah Projek Penyediaan Infrastruktur dan Fasiliti Pelancongan bagi membaik pulih atau membina baharu kemudahan di kawasan pelancongan.

Mohd Sharkar yang menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) juga memaklumkan bahawa beberapa lokasi pelancongan di Pahang dikenal pasti untuk penambahbaikan promosi antaranya Titik Tengah Semenanjung Malaysia di Temerloh, Taman Negeri Rompin, Sungai Lembing El Dorado Timur dan Lubuk Yu di Maran.
Disiarkan pada: Disember 8, 2021 @ 3:07pm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057515 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list