CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ejart_9834

KTMB electrified double track project- hantu kat site!!

  [Copy link]
Post time 5-9-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Up thread sebab re-reading
Menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman zaman belajar I antara pengguna keretapi dari utara tanah air ke selatan. Kalau ambik coach 2nd class yang ada tempat tidur tu, macam taknak bangun je, macam didodoi. Tapi sampai KL central je lah, dari KL central ambil train lain sambung ke selatan. Alhamdulillah tak ada nampak apa apa. Tak sangka proses nak buka kawasan tu macam macam cabaran. Terima kasih tt dan juga yang lain2 yang pernah/masih berkhidmat. Andalah wira untuk orang2 macam I yang menuntut ilmu jauh dari keluarga, time nak balik kampung memang train akan jadi pilihan utama.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:50 AM | Show all posts
salam.. nak tambah sket boleh? huhu..

panjang cerita dia, tp basically.. cousin aku dulu pernah sekolah dekat sepanjang area track ni

cerita ni berkaitan juga lah dgn ke angkeran tempat ni

dulu.. dalam awal tahun 2000.. pernah jadi satu kes pelajar terkorban dilanggar keretapi.. kira schoolmate cousin aku lah tu

kalau tak silap.. 2 org jadi mangsa.. yang ketiga dapat menyelamatkan diri

masuk paper juga.. tapi cerita tu mcm "bertapis" juga lah.. atau cousin aku ni bawak exagerated version.. ntah lah

ikut cerita bdk2 sekolah ni, 3 org ni fly asrama.. diorang ikut track ni utk ke pekan terdekat atau nak menyuruk dari warden nampak

mungkin diorang keluar awal pagi.. atau tak dapat masuk sejak malam tadi, yg ni aku tak ingat.. lama dah

tp cousin aku cerita konon budak ni mcm tertidur dekat atas track tu, takde lah baring.. mcm duduk dekat batu2 tepi tu.. yg lain tu hutan

ntah mcm mana.. train tu lalu, dah horn dari jauh.. tapi budak2 ni mcm tak sedar .. tak dengar train tu dah dekat.. sampai lah kena langgar

mmg ngeri lah.. konon ada anggota badan yang terputus, nauzubillah.. bunyi tren tu budak2 boleh tak sedar, mmg mcm ada benda yg tutup.. ntahlah, tak reti nak explain

oh ya.. area ni zaman dulu mmg banyak komunis, so kalau ada kubur tak bertanda ke benda tak selesai ke.. kita jadi tak pelik, kita faham tapi tak bukak mulut jelah..

ade satu jambatan ni, dia utk train biasa je.. org kampung panggil jambatan 100.. sebab konon zaman jepun dulu ada 100 org kena pancung dan buang dekat sana

area tu tempat org memancing je sekarang.. mmg ade cerita seram dari org kampung.. tapi aku takde rekod plak nak share dgn korang

TT, maap ye.. ceq tambah perisa sket kt tred ni.. lama dah baca baru ni nak komen sket.. huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:43 PM | Show all posts
Ni kisah aku dan Keretapi.

Aku selalu lepak rumah kawan (J) di kuarters KTM sekitar 2003-2005. Kalau dia outstation, aku la yang selalu jemput dia tengah malam buta.

Tengah aku lepak rumah dia, aku dapat text suruh jemput dalam jam 3 pagi, guna kereta sebab ada kawan pompuan dia (A) nak tumpang. Biasa aku akan datang lambat sikit bagi dia setel semua. Dalam 3.30 aku capai kunci kete dia terus pegi HQ KTM. Main gate bukak, ada AP kat lobby, aku park kereta jauh sikit daripada lobby sebab nak merokok. Takde bas/van/kereta rasmi KTM. ada sebijik dua kereta kat parkir. Lobby terang dan dalam bangunan pun aku nampak lampu terpasang kat hujung sebelah kiri (Dept kawan aku tu). Mungkin tinggal team kawan aku je la agaknya tengah punggah barang kan. Aku text bagi tau dah sampai tapi tak reply.

Dalam 10 minit aku leka dengan hp, aku nampak A berdiri kat tepi parking 3-4 meter belakang aku. Kawasan aku parking tu takde la gelap, tapi dia bila berdiri membelakangi cahaya, aku tak nampak jelas muka dia. Tapi aku memang cam la susuk A.

Aku tanya kalau J tak siap lagi, aku offer dia tunggu dalam kete. Dia diam je. tak la pelik walaupun A ni terkenal dengan ramahnya, tapi mungkin penat n ngantuk kan. On enjin, aku pelawa masuk, aku cakap nak cari J.

Nak ke ofis J kena lalu lobby. AP tanya nak ke mana. Aku cakap la nak carik kawan aku tu. Sekali AP cakap team mrk baru lepas Gombak, belum sampai lagi daaaa. Terpinga jap. Spontan aku pusing, tengok A takde kat parkir. Beg pun takde. Tapi kete memang enjin on la. Tu jam baru msg bertalu2 masuk. Ke aku layan game hp ok je tadi. Ada yang block kah? Hahahah! tapi itu la yang terjadi.

Patah balik ke parking dengan AP. Aku cari jugak A. Takde. buka pintu kete, off enjin pastu pegi ke lobby. AP tanya, mungkin aneh aku beri salam nada kuat n keras masa buka pintu kereta tu…tapi aku diam hulur rokok. Semua diam. Sorang AP berumur bagi aku air mineral suruh selawat basuh muka n minum….takut mengantuk katanya. Simboliknya kami sama-sama faham. AP cakap mrk fikir aku ni J baru sampai dari outstation sbb dia kenal kete J…

Dalam 20 minit rombongan mrk sampai. J n A turun kete terus cari aku. Aku tunjuk kereta kat mana, tak cakap banyak, loading barang terus hantar A ke Ampang. Dalam kete A sambung sembang dengan J pasal kawan A yang meninggal dalam opis HQ tu minggu lepas. Meninggal petang Jumaat, jenazah hanya ditemukan hari Ahad/Isnin macam tu. Al Fatihah kepada arwah. Aku kenal sebab beberapa kali aku ikut J outstation. Memang arwah seorang yang sangat baik dan pemurah pada sesiapa pun. Diorang tanya knp diam, aku cakap sakit perut. Kemudian berleret2 la cerita 2 sahabat ni, sepanjang mggu lepas byk gangguan la, kelibat la. J ni team IT jadi memang team dia 24hrs ada je bergilir keje.  HQ tu pulak dalam waktu tengahari goyang pun ada je yang ‘mengusik’. Dalam kereta aku mata aku memang gatal asyik nak tengok cermin belakang. Memanglah A ni hot, tapi aku bukan nak tengok A sangat masa tu, manalah tahu sebab aku menjemput ‘beliau’ naik tadi kann. Hahahhaha!

Esok aku cerita, J cakap aku parking kat parking lot arwah. AP bagi hint kat J yang aku kena ‘kacau’. Sebab tu dia tergesa2 loading terus gerak hantar A. Tapi kenapa aku nampak A bukan arwah kan? Begitulah syaitan yang tugasnya meniup syak dan fitnah di hati manusia. Selama aku berkawan dengan J, memang banyak aku dengar kisah begini samada daripada J atau geng-geng otai KTM..termasuk yang aku alami sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:18 PM | Show all posts
Saje nak menambah, laki aku pun keje dlm bidang ni jugak. Ade la crita2 seram  yg dia bgtau kdg2.
Antara tempat plg keras menurut driver2 ni kat stesen batang melaka sebelum ada stesen baru ni. Crita ni dikorek dari driver2 la.

Cerita 1
Dulu nak naik ke stesen batang melaka ni dia kena mendaki. Disebabkan tren ni tren bawak barang, jadi mendaki tu slow2 je la. Sambil2 tu driver ni bersandar la kat kerusi dia ala2 terbaring sikit rehatkan badan. Tengah2 perjalanan mendaki tu, driver ni nampak ada org tua kayuh basikal. Bukan kayuh naik atas bukit ye anak2. Bayangkan tren tu condong pandang atas, bila driver baring sikit pun pandang atas kat cermin depan tu, opkos la pandang langit kan,  nampak la orang tua ni kayuh baik punya bersilang dengan laluan tren. Berkayuh di udara la beliau dengan slambernye. Tapi driver ni tengok camtu je la, benda tak kacau pun.

Cerita 2
Sama jugak scene mendaki bukit. Tapi kali ni yang cerita driver lain. Masa jadi ni dia baru pangkat2 mcm kelindan, tak silap aku kalau dlm bidang ke-tren-an ni dipanggil fireman. Kalau salah hampun ye.
So masa tu dia jd fireman, teman driver ni trip malam, bawak barang. Tengah rilek2 mendaki tu nampak ada pulak pompuan pakai kebaya merah atas trek. Pompuan tu merangkak atas trek tu menuju ke arah diorg. Brader ni siap lakonkan gaya merangkak tu mcm ju on lg. Dia punya gelabah masa tu tak tau nak cakap Tanya driver nak brek ke? driver buat senyap je. Pompuan ni makin lama makin dekat dengan tren, last2 masuk jugak bawak tren tu. Dia kata memang trasa la mcm gedeguk gedeguk kena lenyek kat bwh tren. Tapi driver buat bodo je. Dia tak puas ati, tanya lagi driver, ape tu bang? nak pegi tengok ke? Driver kata tak payah, takde ape pun tu.
Memang gile ah kalau nak pg tengok. Tren barang ni dlm 60 gerabak, kalau jadi ape2 nak kena cek satu2. Sape nak cek tengah2 malam gitu nak kena jalan jauh nun
sampai ke belakang. Jadi diorg pun abaikan je la, teruskan perjalanan mcm biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 09:58 AM | Show all posts
harap ade yang sambung utk cerita dari Gemas ke JB pulak.Project tengah berjalan tu.pasti ade cerita nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru jumpa n baca thread nie..best gila baca..tt pun last check in 2019. Walaupun dah 11 tahun tapi rasa macam baru.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2021 04:48 PM | Show all posts
best baca... hr tu meols marathon bc thread ni dr 10 mlm mcm tu smpi pg... jam 3 salu maintenance kan.. smpai jam berapa tak sure... entah knp boleh bukak smpai 3.50 pg lepas tu tetiba gelap page hahahaa cuak terus meols .. tp iols tggu je reload page pastu smbg baca balik... lain lagi mcm2 bunyi kat tgkap... husnudzon je fikir burung yg langgar atau pengecutan keluli ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 09:54 PM | Show all posts
Teringin nak dgr pngalaman seram pekerja2 highway CSR..ada ke dlm ni??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 02:05 PM | Show all posts
Edited by nagaijau at 16-3-2022 03:14 PM

awat aku xpasan aku penah baca thread nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:13 PM | Show all posts
ada sambungan tak? seronok baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:36 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 27-5-2022 04:24 PM

aku tak ingat penah share kt sini ke tak. ni kisah sorg member aku. tapi bukanlah pasal KTMB double track ni, cumanya masa kitorang study kt UKM bangi dulu, dia ni orang Rawang, so opkos dia balik Rawang naik komuter je. die citer ada satu hari tu die amek train paling last, tak silap aku lepas pukul 10 camtu la.  so orang tak ramai dah masa tu dlm keretapi.  nak dijadikan citer, die tertidur.  bangun-bangun je tengok coach die dah kosong, tinggal dia sorg je.  sebelum nak masuk Rawang tu kan kene lalu satu tempat yang masa tu masih banyak pokok lagi, tak silap aku dia dah lepas stesen Kuang. Kat luar memang gelap, tapi dia terperasan atas bumbung keretapi belah atas tu ada kain putih berkibar. tapi sikit jelah takdelah terjuntai-juntai. dia tak fikir apelah sangat, sampaila ke Rawang. masa tu Rawang last stop dah. zuppp! kain putih tu tiba-tiba terbang melayang. mau tak terkejut kawan tu.  ni kisah pertengahan 2000an dulu la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:44 PM | Show all posts
rasa seram sendiri bila tengok rel keretapi karat-karat warnanya tu. dulu masa kecik2 memang meraung2 taknak naik keretapi tak tau kenapa. mungkin tengok muka lokomotif yang buruk tu buat aku takut
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 1-6-2022 02:44 PM
rasa seram sendiri bila tengok rel keretapi karat-karat warnanya tu. dulu masa kecik2 memang meraung ...


Back to 80- 90 an... Ketapi masih guna loko pastu semua guna tandas lobang tuh. Mengkalau kau memerut memang jatuh menjejeh atas trek. Sobab tu pintu tandeh dikunci bilo dokek nk tibo stesen. Pastu kot jumpo kaler kunen2 kat trek jgn salah sangko....bukan omeh tuuuu....tak cayo ce cium
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:04 PM | Show all posts
mane pegi la agaknya tuan tanah benang ni. rupanya aku pun pernah komen dlm benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:41 PM | Show all posts
tt...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 05:48 PM | Show all posts
Nak cite gak pasal ketapi
dulu sekolah aku mmg ngadap rail ketapi
kira kitaorg mmg dh tau time ketapi lalu sbb dgr dr asrama
tp sll je waktu2 pelik yg ketapi tak lalu tp kitaorg dgr bunyi ketapi siap siren kuat2 pkl 2-3 pagi
tp sbb dh biasa mmg buat tak tau je le
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 02:16 PM | Show all posts
kt mana sebenarnye lokasi kg tu??
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 03:19 PM | Show all posts
tren x menakutkan dh sekarang .. cuma budak2 skang dihantui dgn tren tu busan ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.715989 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list