CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 1

[Sarawak] Syarikat pemaju diarah bayar ganti rugi RM104,342.62

[Copy link]
Post time 25-11-2021 10:42 PM | Show all posts |Read mode


Simon (dari tiga kiri), Trabawan dan Alhadi bersama kakitangan TTPRS yang lain selepas selesai prosiding.

SIBU: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) mengarahkan sebuah syarikat pemaju perumahan membayar ganti rugi berjumlah RM104,342.62 kepada empat pembeli atas kelewatan penyerahan milikan rumah.

Dalam tuntutan pertama dan kedua, TTPRS mengarahkan syarikat pemaju terbabit membayar ganti rugi sebanyak RM25,165.80 kepada Kaya Mawang serta RM25,130.16 kepada Jenny Anchar.

TTPRS turut mengarahkan syarikat sama membayar ganti rugi RM26,350.62 kepada Bonnie Anchar dan Evelyn Abus serta RM27,696.02 kepada Pitrus Candang Arong dan Florida Kendawang.

Presiden TTPRS Trabawan Mandi berkata, ganti rugi itu dikira dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani sehingga 25 November 2021.

Ini bermakna katanya, pemaju perlu membayar ganti rugi sehingga permit menduduki (OP) diperolehi dan rumah diserahkan kepada pembeli.

"Pihak pemaju tidak memberikan alasan yang spesifik atas kelewatan itu namun mengaku lewat menyerahkan rumah kepada pembeli.

"Kita juga diberitahu OP bagi rumah terlibat akan diperolehi bulan depan," ujarnya kepada pemberita selepas prosiding di Bangunan Kompleks Islam Sibu, hari ini.

Menurut Trabawan, jumlah ganti rugi dikira berdasarkan harga rumah yang dibeli iaitu antara RM18.81 sehari hingga RM20.46 sehari.

Kaya mendatangani perjanjian jual beli pada 29 Januari 2016, Jenny (15 Oktober 2015), Bonnie (10 September 2015) dan Pitrus (2 Julai 2015), membabitkan pembelian rumah berharga antara RM233,899 hingga RM248,899.

Trabawan turut mengarahkan pemaju agar membayar ganti rugi itu dalam masa 45 hari dan jika gagal, boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 53(1) Ordinan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Lesen) 2013.

Selain Trabawan, ahli panel TTPRS lain yang mendengar kes tuntutan ialah Alhadi Ibrahim dan Simon Woon Ta Meng.


utusanborneo.com.my/2021/11/25


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 06:21 AM | Show all posts
mentang2 lh nk prn..amik hati rakyat ke

ingat sng ke nk menang kes nie...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.153366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list