|

U-KWON
U-Kwon kini sudah bebas
PEJAM celik, penyanyi U-Kwon sudah menamatkan sesi latihan ketenteraan wajib yang disertainya sejak Mei tahun lalu.
Secara rasminya, penyanyi kumpulan Block B itu menamatkan sesi latihannya pada 21 November.
Dia yang mengambil cuti akhir sejak 1 Oktober lalu bagaimanapun tidak perlu kembali ke kem berikutan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Terima kasih kepada semua peminat yang menunggu saya. Saya akan bekerja lebih keras untuk memberikan yang terbaik buat kalian,” ujar penyanyi itu.
Kepulangan U-Kwon bukan sahaja dirindui peminat bahkan ahli kumpulannya yang lain apabila turut meraikan menerusi hantaran dalam Instagram.
“Tahniah kepada U-Kwon! Sekarang, mari nikmati waktu-waktu terindah bersamanya yang sudah kembali ke pangkuan ‘honeybees’ (nama gelaran kumpulan peminat Block B, BBC),” tulis Block B.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/24/u-kwon-kini-sudah-bebas/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|