View: 3493|Reply: 10
|
Al-Qur'an & Hadith: Bab: Kematian & Kubur
[Copy link]
|
|
Edited by boca120879 at 3-6-2022 08:36 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Dawud bin Taubah, diceritakan oleh Ashim bin Ali, diceritakan oleh Qaza'ah bin Suwaid, daripada Humaid Al A'raj, daripada Az Zuhri, daripada Mahmud bin Labid, daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika kalian menghadiri orang-orang yang telah meninggal dunia daripada kalian, maka rapatkanlah (tutup) mata mereka, sebab mata mengikuti (melihat) perginya roh.
Dan ucapkanlah hal-hal baik, sebab para malaikat mengaminkan apa yang dikatakan oleh ahli keluarga."
(Hadith Ibnu Majah no. 1445)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 10-6-2022 02:05 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, Mahmud bin Ghailan & Al Hasan bin Ali Al Khallal, diceritakan oleh Abu 'Ashim An Nabil, diceritakan oleh Sufyan, daripada 'Alqamah bin Martsad, daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (Buraidah), Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Saya pernah melarang kalian menziarah kubur.
Sekarang telah diizinkan untuk Muhammad menziarahi kubur ibunya.
Maka berziarahlah, kerana (ia) dapat mengingatkan pada akhirat."
(Hadith Tirmidzi no. 974)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 10-6-2022 02:04 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abdur Rahman bin Muhammad bin Salam, diceritakan oleh Ishaq (Ibnu Yusuf bin Al Azraq), daripada 'Auf, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang mengikuti jenazah seorang Muslim kerana keimanan dan mengharapkan pahala.
Lalu dia mensolatkannya, kemudian menunggu hingga dikebumikan dalam kuburnya, maka baginya pahala dua (2) qirath, salah satunya seperti Gunung Uhud.
Dan barangsiapa yang mensolatkannya, kemudian dia kembali (pulang), maka baginya pahala satu (1) qirath."
(Hadith Nasa'i no. 4946)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 16-6-2022 08:53 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ibrahim bin Musa Ar Razi, diceritakan oleh Isa, diceritakan oleh Abdurrahman bin Yazid bin Jabir, daripada Busr bin 'Ubaidullah, daripada Watsilah bin Al Asqa', daripada Abu Martsad Al Ghanawi, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian duduk di atas kubur.
Dan jangan kalian melakukan solat menghadap ke arahnya."
(Hadith Abu Daud no. 2810)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Shalih, diceritakan oleh Abdullah bin Nafi', diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi`bin, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur.
Dan jangan kalian jadikan kuburku sebagai tempat perayaan.
Berselawatlah kepadaku. Sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana pun kalian berada."
(Hadith Abu Daud no. 1746)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Bisyr, diceritakan oleh 'Umarah bin Gahziyyah, diceritakan oleh Yahya bin 'Umarah, daripada Abu Sa'id Al Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Talqinlah (ajarkanlah) orang yang (akan) meninggal dunia di antara kalian dengan ucapan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah).
(Hadith Abu Daud no. 2710)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Al Walid bin Syuja'As Sakuni, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Abu Shakhr, daripada Syarik bin Abdullah bin Abu Namir, daripada Kuraib, daripada Ibnu Abbas, Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh (40) orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun,
berdiri untuk mensolatkan jenazahnya, melainkan diterima syafaat mereka untuknya."
(Hadith Abu Daud no. 2756)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Humaid bin Mas'adah, daripada Bisyr bin Al Mufadldlal, daripada Syu'bah, daripada Sulaiman Al A'masy, daripada Mujahid, daripada 'Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah kalian mencela orang-orang yang telah meninggal dunia.
Kerana mereka telah sampai kepada apa yang mereka lakukan (pembalasan amal)."
(Hadith Nasa'i no. 1910)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abdurrahman bin Al Aswad, diceritakan oleh Abu 'Amr Al Basyri, diceritakan oleh Muhammad bin Rabi'ah, daripada Ibnu Juraij, daripada Abu Zubair, daripada Jabir,
"Nabi s.a.w. melarang mengecat (menghiasi) kubur,
menulis di atasnya,
membuat binaan di atasnya
dan melangkah di atasnya."
(Hadith Tirmidzi no. 972)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Hafsh, daripada Hisyam, daripada bapanya, daripada 'Aisyah,
"Rasulullah s.a.w. dikapani dengan tiga (3) helai kain putih buatan Yaman, yang diperbuat daripada kapas, tanpa ada baju (kain berjahit) dan serban (penutup kepala)."
Kemudian disebutkan kata-kata mereka kepada Aisyah (iaitu dengan dua (2) kain dan satu (1) kain daripada kapas bercorak dari Yaman).
Aisyah berkata, "Kain kapas dengan corak itu telah ditawarkan. Namun mereka menolaknya. Dan mereka tidak mengkapani Rasulullah s.a.w. dengan kain itu."
(Hadith Nasa'i no. 1873)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Abu Daud no. 2792 Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Al Qa'nabi, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, daripada Sa'd bin Sa'id, daripada 'Amrah binti Abdurrahman, daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mematahkan tulang orang yang mati
seperti halnya mematahkannya ketika dia masih hidup."
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|