CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 0

Pengakhiran fitnah Dajjal

[Copy link]
Post time 17-11-2021 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Pengakhiran fitnah Dajjal


KEJAHATAN fitnah Dajjal dapat dielakkan dengan berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya.

KITA sering mendengar tentang fitnah al-Masih al-Dajjal yang akan menyesatkan manusia akhir zaman. Namun, bagaimanakah pengakhiran fitnah Dajjal ini? Sudah pasti gambaran jelas dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW supaya kita mengambil perhatian dan peringatan.

Apabila fitnah Dajjal menguasai hampir keseluruhan dunia kecuali Makkah dan Madinah, ramai manusia sudah menjadi pengikutnya. Amat sedikit manusia pada waktu tersebut yang dapat mengelak daripada terperangkap oleh fitnah Dajjal.

Pada waktu tersebut, Allah SWT menurunkan Nabi Isa AS ke dunia bagi membunuh Dajjal. Ketika Nabi Isa AS turun ke dunia, Dajjal sedang menuju ke Bait al-Maqdis (Palestin). Kemudian, mereka bertemu di sebuah pintu yang dinamakan pintu Lud . Apabila Nabi Isa AS melihat Dajjal, beliau terus membunuhnya dengan pedang sambil berkata maksudnya:  "Sesungguhnya bagiku kepada engkau satu pukulan yang mana dengan pukulan ini kamu tidak akan dapat melepaskan diri daripadaku."  (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Syeikh al-Arna'uth mengatakan sanadnya dhaif dan al-Albani menilai hadis ini sebagai dhaif.

Dengan kematian Dajjal itu, berakhirlah fitnah besar itu dan berjayalah orang yang beriman daripada kejahatan Dajjal dan daripada kejahatan pengikutnya disebabkan oleh Nabi Isa AS.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda' RA, bahawa Nabi SAW bersabda:  "Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim)

Imam al-Suyuthi menjelaskan bahawa, pada awal surah tersebut menceritakan akan keajaiban dan tanda-tanda maka sesiapa yang mentadabburnya (membaca serta memahami maknanya) tidak akan terkena fitnah Dajjal dan begitu juga di akhirnya (akhir surah al-Kahfi).

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah Dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baharu bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini menggambarkan akan perihal dan keadaan manusia di akhir zaman yang penuh dengan cabaran dan ujian bagi orang-orang yang ingin berpegang dengan agama. Pada waktu itu, umat Islam perlulah menjaga agama mereka dan dalam masa yang sama perlu meninggalkan nikmat dunia yang sementara ini. Tambahan pula, persekitaran dan suasana pada waktu itu tidak membantu seseorang itu untuk menunaikan segala kewajipan dan tuntutan agama, bahkan apa yang ada di sekelilingnya lebih mendorong untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan keimanan seseorang. Disebabkan itu, Nabi SAW mengumpamakan orang yang hidup di zaman itu seperti seorang yang memegang bara api dalam melaksanakan tuntutan agama. Telah berkata al-Qari':  "Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi."  (Tuhfah al-Ahwazi, 6:444)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan harta dunia demi keimanan terhadap Allah SWT dan Hari Akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.

Berdepan dengan fitnah Dajjal tidak sekadar usaha yang boleh dianggap sambil lewa, bahkan memerlukan perincian yang terperinci. Antara yang perlu diambil perhatian oleh semua manusia akhir zaman adalah untuk sentiasa berpegang dengan petunjuk al-Quran dan sunah dalam masa sama memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada fitnah yang besar ini.

Hari ini kita banyak melakukan dosa kepada Allah SWT terutama dosa kecil yang tidak disedari. Oleh itu, wajib kita sentiasa beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT selain daripada berzikir dan tidak lalai dengan dunia.

Terdapat hadis Rasulullah SAW mengajar kita membaca selepas tahiyyat akhir maksudnya:  "Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud akhir, maka berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara: Dengan berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahanam, daripada azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim)

Dikatakan Thawus bin Kaisan, apabila anaknya selesai solat akan bertanya: Adakah beliau sudah membaca doa ini. Jika dijawabnya tidak, nescaya diminta untuk mengulangi solat dan membaca doa ini.

Dalam doa ini, terdapat empat perkara yang diminta iaitu dijauhkan daripada azab neraka Jahanam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.

Ini menunjukkan kejahatan fitnah Dajjal dapat dielakkan dengan cara berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya.

Hari ini kita berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan sunah. Untuk itu, menjadi tanggungjawab semua untuk sentiasa mempersiapkan diri daripda tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan.

Penulis Pensyarah Kanan  Fakulti Pengajian Bahasa Utama  Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... hiran-fitnah-dajjal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057576 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list