CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 603|Reply: 0

[Kedah] Fenomena air pasang besar antara yang terburuk

[Copy link]
Post time 6-11-2021 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Fenomena air pasang besar antara yang terburuk[size=0.8][size=0.9]BERNAMA


MUHAMMAD Rizuwan termenung melihat air yang memasuki rumahnya. FOTO Bernama




Alor Setar: Fenomena air pasang besar yang melanda beberapa kawasan di negeri ini khususnya di Kuala Kedah, di sini malam tadi disifatkan penduduk sebagai antara yang terburuk pernah berlaku.

Penduduk Kampung Sungai Dua, Kuala Kedah, Ismail Saad, 54, berkata, air laut melimpah ke kawasan yang lebih jauh yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga menenggelamkan kawasan pinggir pantai dan jalan utama.

"Kalau dibandingkan dengan sebelum ini, keadaan air kali ini nampak lebih teruk. Air naik lebih tinggi semalam, tak pernah berlaku lagi macam ini, pertama kali ni," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Menurut Ismail, fenomena itu merisaukan penduduk kampung yang mempunyai tanaman dan tanah sawah di kawasan pinggir pantai kerana ia akan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Penduduk Kampung Seberang Kota yang turut terjejas, Muhammad Rizuwan Abdullah, 38, pula berkata, kejadian itu menyebabkan rumahnya ditenggelami air sepenuhnya berbanding tahun sebelum ini apabila hanya sebahagian yang terkesan.

"Selalunya air sampai ke bahagian bilik sahaja, tidak masuk ke bahagian ruang tamu dan dapur, tapi kali ini air masuk ke seluruh bahagian rumah, kawasan sekitar rumah pun tenggelam, tapi keadaan biasanya tidak lama, mungkin tiga jam keadaan air akan surut," katanya.

Sementara itu, tinjauan di beberapa kawasan di Kuala Kedah malam tadi mendapati air pasang besar mula berlaku pada kira-kira 9 malam dan mencapai kemuncak pada tengah malam dengan keadaan air bergerak secara perlahan ke kawasan kediaman penduduk.

Pegawai Bahagian Operasi dan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kota Setar Muhammad Hilmi Yaakob berkata, fenomena itu juga telah menyebabkan Pangkalan Nelayan Kampung Seberang Kota ditenggelami air selain beberapa kawasan sekitar Pekan Kuala Kedah dinaiki air setinggi 0.5 meter hingga 0.7 meter.

Bagaimanapun beliau berkata, berdasarkan tinjauan dan pemantauan, keadaan itu masih lagi selamat serta terkawal dan pihaknya telah bersedia untuk memindahkan penduduk terjejas sekiranya keadaan memerlukan.

"Sekiranya berada di kawasan yang lebih rendah, (memang) akan terkesan, terutama di kawasan pantai telah tenggelam dan juga di persimpangan untuk ke jeti Kuala Kedah pun air mulai naik, tetapi untuk situasi air pasang besar ini belum ada lagi penduduk yang dipindahkan," katanya.

Disiarkan pada: November 6, 2021 @ 12:37pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056008 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list