CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 0

[Kedah] Dedah pelajar keadaan sebenar industri hospitaliti, pelancongan

[Copy link]
Post time 5-11-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Dedah pelajar keadaan sebenar industri hospitaliti, pelancongan
NURUL HIDAYAH HAMID | | 05 November 2021


Dr Noraini Ahmad (kiri) merasmikan LTA@KKLK sempena lawatan kerja ke Langkawi pada Jumaat.

ALOR SETAR - Hospitality Lab Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) diwujudkan di Kolej Komuniti Langkawi bagi mendedahkan pelajar bidang hospitaliti dan pelancongan kepada keadaan sebenar ketika berada di industri kelak.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Hospitality Lab menyediakan gabungan bilik latihan dan simulasi bagi bidang berkaitan direka khas berkonsepkan operasi sebenar industri hotel mengikut standard industri perhotelan semasa.


Menurutnya, Hospitality Lab ini turut dilengkapi dengan peralatan-peralatan teknologi terkini mengikut standard hotel bertaraf lima bintang selaras dengan perkembangan globalisasi dan pelaksanaan norma baharu.


"Hospitality Lab ini bukan sahaja digunakan untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran, malah turut digunakan dalam penganjuran kursus pendek serta latihan khas kepada komuniti dan organisasi melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).


"Pembinaan ini selaras dengan visi yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pelancongan Langkawi untuk menjadikan LTA@KKLK sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Sebelum itu, beliau merasmikan LTA@KKLK sempena lawatan kerja ke Langkawi pada Jumaat.


Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts Zainab Ahmad dan Pengarah LTA@KKLK, Haslinda Abd Hamid.


Mengulas lanjut, Noraini berkata, ia bukan sahaja menawarkan program pengajian pelancongan yang berkualiti tinggi tetapi juga memiliki prasarana yang lengkap serta kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.


“Skop projek melibatkan pembinaan asrama yang mampu memuatkan 180 orang pelajar lengkap dengan dua unit rumah warden dan kemudahan asas (rekreasi dan sosial)," ujarnya.


Beliau berkata, pembinaan semula kafeteria untuk kapasiti 50 pelajar dan surau yang melibatkan kapasiti 100 pelajar pada satu-satu masa turut dilaksanakan dan dijangka siap pada Oktober 2023.


Dalam sesi lawatan kerja ini, beliau turut menyempurnakan upacara Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Asrama Pelajar, Kafeteria dan kemudahan-kemudahan lain di LTA@KKLK.


Projek ini dibangunkan dengan menggunakan konsep penginapan yang lebih santai dan moden bagi membolehkan pelajar tinggal di dalam kampus dengan keadaan yang lebih selesa.


Dr Noraini turut menyerahkan Kit Pertandingan Worldskills Shanghai 2022 Bidang Restaurant Service kepada pelajar LTA@KKLK, J Dhineshwaran yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... italiti-pelancongan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.808199 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list