View: 1265|Reply: 1
|
[Sarawak]
Tukang urut kembali berkerja
[Copy link]
|
|
KUCHING: Golongan cacat penglihatan di bandar raya ini kini merasa lega dapat kembali bekerja selepas mereka juga kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang lepas.
Antaranya Mohd Zahir Mohd Rasdi, 24 dari Sibu yang sudah tiga tahun menjadi tukang urut badan di satu pusat urutan golongan cacat penglihatan di satu pusat beli belah terkemuka di Batu Kawa, di sini.
Tinjauan mendapati pelanggan tidak putus mengunjungi pusat urutan terbabit yang dibuka mulai jam 10 pagi dan mampu menerima sehingga 14 orang pelanggan setelah dibuka selama lebih lima jam.
Mohd Zahir berkata walaupun pelanggan sudah kembali sejak pusat urutan terbabit sejak mula beroperasi 2 Oktober lepas, namun pendapatannya masih tidak menentu.
Menurutnya setelah bergilir dengan rakan sekerja lain bagi mengurut pelanggan, beliau hanya mampu mendapat sekitar RM40 hingga RM50 sehari.
"RM40 hingga RM50 sehari itu setelah saya mengurut seramai enam orang pelanggan..tapi ini lebih baik daripada tiada sebarang pendapatan ketika PKP," katanya yang ditemui semalam.
Mohd Zahir mengakui tiada pendapatan sehingga lima bulan ketika pusat urutan terbabit ditutup kerana PKP yang lepas dan terpaksa bergantung kepada Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan.
"Elaun RM450 terbabit tidak cukup tapi memang bantulah, disamping itu kami juga ada menerima bantuan dari Sarawak Society For The Blind dan Pusat Latihan Orang-Orang Buta serta bantuan bakul makanan,"katanya.
Sehubungan itu, Mohd Zahir berharap selepas ini operasi pusat urutan mereka tidak lagi akan diarahkan ditutup kerana PKP.
Disamping itu beliau juga berharap kerajaan daoat memberikan bantuan bagi memulihkan operasi pusat urutab mereka seperti bantuan bayaran sewa premis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah ... moga d permudahkan urusan dan moga di murahkan rezeki...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|