CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1201|Reply: 0

[Sabah] 2,442 penagih dadah di Sabah masih dalam pengawasan AADK

[Copy link]
Post time 30-10-2021 07:35 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAKENANGAN: Zarkarni (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Hamild sebagai perasmi program dan Hamediee (Kanan).

TAWAU: Seramai 2,442 orang penagih dadah di negeri Sabah masih dalam pengawasan dan sedang mengikuti program pemulihan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  

Pengarah AADK Negeri Sabah, Abdul Hamediee Ibrahim berkata statistik itu adalah mereka yang masih dalam pengawasan dibawah pengurusan pihak AADK.

“Buat masa ini, semua mereka hanya perlu mengikuti program yang dilaksanakan secara dalam talian disebabkan masalah pandemik COVID-19 yang masih berlaku di negeri ini.

“Bagaimanapun, sekiranya Sabah sudah memasuki fasa keempat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), program secara fizikal akan dilaksanakan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD), di Ladang Sungai Balung, Sawit Kinabalu, di sini hari ini.

Katanya, program TEKAD ini bertujuan untuk memberikan pendidikan pencegahan dadah kepada pekerja samada di peringkat pengurusan ataupun pekerja ladang.

“Kita mahukan mereka mempunyai pengetahuan tentang pentingnya menghindari diri daripada mendekati dadah.

“Kita mengharapkan program ini akan diteruskan dan AADK juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk memperluaskannya ke seluruh kawasan ladang yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, AADK dalam proses menunggu pewartaan tanah seluas 30 ekar di kawasan Balung, Tawau untuk pembinaan Pusat Pemulihan Dadah di pantai timur.

“Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah Sabah siri pertama pada 29 April lalu telah meluluskan tanah di kawasan Balung untuk dijadikan pusat pemulihan dadah.

“Kita sedang berurusan dengan Jabatan Tanah dan Ukur untuk mendapatkan pewartaan penggunaan tapak tersebut,” katanya.


PENERANGAN: Hamediee (Kanan) memberi penerangan jenis-jenis dadah kepada Hamild.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Hamild Awang berkata program TEKAD adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk pencegahan penyalahgunaan dadah.

Katanya, program yang dianjurkan oleh AADK bersama Sawit Kinabalu perlu diteruskan agar semua kakitangan terutamanya syarikat ladang bebas daripada najis dadah.

“Saya berharap semua peserta yang telah mengikuti program berkenaan akan mendapat pendidikan yang berguna dan memberikan tunjuk ajar kepada pekerja yang lain,” katanya.

Pengurus Besar Sawit Kinabalu Wilayah Tawau , Zarkarni Samsul berkata program TEKAD ini akan diteruskan di ladang milik Sawit Kinabalu yang lain di daerah Tawau.

“Inisiatif menganjurkan program ini adalah sangat baik dan mampu memberikan kesedaran kepada semua kakitangan dan pekerja ladang di daerah ini.

“Kempen kesedaran anti dadah ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan mampu menghindarkan semua pekerja daripada penggunaan dadah.

“Justeru, Sawit Kinabalu sentiasa menyokong usaha yang diberikan oleh AADK ataupun pasukan keselamatan bagi memastikan pekerja ladang bebas dadah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.047414 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list