CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1114|Reply: 0

[Sarawak] 780 VOC dikesan di Sarawak adalah varian delta

[Copy link]
Post time 30-10-2021 05:06 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak 780 kes varian membimbangkan (VOC) telah dikesan daripada 782 kes positif COVID-19 yang terkumpul setakat 8 Oktober di negeri ini.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera berkata, kesemua VOC ini adalah daripada varian Delta (B.1.617.2).

Menurutnya, analisis lanjut tentang varian Delta menunjukkan garis kumpulan Delta yang dominan menular di Sarawak ialah sub-kumpulan AY.23.

“Sub-kumpulan Delta lain yang dikesan secara sporadik termasuk AY.24 (masing-masing satu kes di Kuching, Miri dan Sibu), AY.33 (satu kes di Bintulu), AY.34 (satu kes di Samarahan dan dua kes di Bintulu) dan AY.37(dua kes di Kuching).

"Sub-kumpulan AY.23 juga merupakan garis kumpulan Delta yang dominan yang sedang aktif merebak dan menyebabkan peningkatan jangkitan terkini di Singapura," katanya.

Dr David berkata demikian dalam laporan terkini beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

ICHM telah membantu JPBNS mengesan varian SARS-CoV-2 yang menular di negeri ini.

Menurutnya, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini telah menyemak senarai klasifikasi varian SARS-CoV-2 untuk melihat profil risiko semasa varian ini.

"Semua Varian Perlu Perhatian (VOI) yang disenaraikan sebelum ini dan beberapa VOC kini telah diklasifikasikan semula sebagai 'Varian Sedang Dipantau'(VBM).

"Pada masa ini, Varian Delta adalah satu-satunya dalam senarai VOC."

Setakat ini, Dr. Perera berkata jumlah kumulatif 1,782 kes varian Delta telah dikesan daripada lebih 3,000 kes positif COVID-19 di negeri ini.

Bahagian Kuching mencatatkan paling banyak kes iaitu sebanyak 712 kes, diikuti Bintulu dengan 373 kes, Bahagian Samarahan 182, Sibu 167, Serian 127 dan Miri 88.

Bahagian Kapit mempunyai 37 kes, Mukah dengan 22, Bahagian Sarikei dan Sri Aman masing-masing 20 kes dan Betong dengan 19 kes.

Bahagian Limbang hanya mencatat satu kes dan terdapat lima kes di bawah kategori Import A dan sembilan di bawah Kategori B.


utusanborneo.com.my/2021/10/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.251332 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list