CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 0

[Sarawak] Bajet 2022: Bantuan kebajikan bantu rakyat teruskan kelangsungan hidup

[Copy link]
Post time 30-10-2021 05:05 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bantuan kebajikan yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah manifestasi kerajaan yang komited membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup terutama ketika berdepan pandemik COVID-19.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar) berkata, kerajaan amat memahami dan mahu meringankan beban rakyat.

“Ini diterjemahkan dalam bentuk bantuan bersasar untuk golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan warga emas.

“Selain itu, terdapat juga bantuan untuk wanita yang terlibat dalam bidang keusahawanan seperti program TekunNita, DanaNita dan MyKasih Kapital,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.

Mengenai bantuan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Fatimah berkata, syarat kelayakan kebajikan juga akan dibuat  berdasarkan Paras Garis Kemiskinan Makanan (PGK) 2019.

“Penggunaan PGK baru dan bukannya PGK 2016 ini sudah tentu sekali akan membolehkan lebih ramai rakyat rentan mendapat bantuan bulanan kebajikan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 semalam berkata, Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa penambahbaikan  khusus supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan.

Bantuan itu  antara lain katanya, akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 ringgit sebulan.

Kerajaan juga katanya, akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

"Selain itu bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isu rumah warga emas. Ini bermakna kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki tiga anak dan lebih, layak mendapat BKM maksimum RM2,500," kata beliau.


utusanborneo.com.my/2021/10/30


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055092 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list