CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 28/10/2021

[Copy link]
Post time 28-10-2021 09:51 PM | Show all posts |Read mode


599 kes baharu, Ranau catat peningkatan kes cecah tiga angka

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan penambahan kes COVID-19 pada skala kecil menjumlahkan 599 kes baharu semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Ranau menjadi penyumbang utama kepada faktor peningkatan kes dan menjadi satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu tiga angka.

Katanya penambahan mencecah 104 kes baharu itu juga mewakili satu per enam daripada jumlah kes harian seluruh Sabah.

“Statistik juga menunjukkan 10 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan dua daripadanya menunjukkan pertambahan yang ketara.

“15 lagi daerah lain bagaimanapun mencatatkan penurunan kes dengan empat daripadanya mencatatkan penurunan yang signifikan,” katanya.

Masidi berkata kes jangkitan yang berlaku secara sporadik atau lebih dikenali kes saringan bergejala kekal tinggi iaitu 218 daripada keseluruhan kes bersamaan 36.4 peratus adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala.

Tambahnya 32 daripada 104 kes di Ranau adalah dalam kategori sporadik.

“Jumlah kes yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah walaupun jumlah kes meningkat dan bagi 94.83 peratus kes baharu berada dalam Kategori satu dan dua.

“Empat kes dalam Kategori tiga dan tiga kes dalam Kategori empat dan hanya dua kes dalam Kategori lima manakala 22 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata walaupun sekatan  aktiviti sosial banyak yang dilonggarkan tetapi semua penduduk adalah diingatkan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa.

Tambahnya beliau juga meningatkan agar masyarakat mengelak daripada menganjur atau menghadiri majlis sambutan dan keramaian yang semestinya mengundang risiko jangkitan yang tinggi.



utusanborneo.com.my/2021/10/28

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.272698 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list