CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 1

[Pulau Pinang] Polis selamat keluarga hidup melarat bawah Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-10-2021 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Polis selamat keluarga hidup melarat bawah Jambatan Pulau Pinang[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@[size=0.8]hmetro.com.my



KEADAAN keluarga Mohd Effendee sebelum diselamatkan. FOTO Zuhainy zulkiffli



Georgetown: "Anggota menyangka tiga beranak di bawah Jambatan Pulau Pinang adalah nelayan dan ketika mahu bertanya mengenai laporan kes, baru tahu mereka bergelandangan di situ sejak dua bulan lalu." kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Menurutnya, simpati dengan keluarga berkenaan, polis membawa mereka tinggal sementara di sebuah unit rumah kosong di Balai Polis Sungai Nibong, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tiga sekeluarga yang ditemukan di bawah jambatan ketika sedang menyiasat laporan kes pada 20 Oktober lalu.

Soffian berkata, terdahulu polis menerima laporan berhubung kes kenderaan yang dipandu pengguna jalan raya dibaling dengan batu ketika melalui kawasan itu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi bagi menyiasat laporan itu, anggota polis bertanya kepada beberapa orang awam termasuk bapa bersama dua anaknya.

"Lelaki berkenaan mengakui menjadikan kawasan jambatan itu sebagai tempat berteduh dan tidak mampu menyewa tempat tinggal.

"Nasib malang itu bermula selepas rumahnya terbakar tahun lalu sebelum terkesan dengan pandemik Covid-19," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Soffian berkata, simpati dengan keluarga berkenaan, anggota polis membawa mereka ke Balai Polis Sungai Nibong dan menempatkan sementara di sebuah unit rumah kosong berhampiran.

"Mereka tinggal di situ selama dua hari sebelum ditempatkan di rumah teduhan Anjung Singgah, Lebuh Chulia, di sini.

"Perkara ini adalah biasa bagi semua dan kita perlu saling membantu terutama golongan yang tidak bernasib baik," katanya.

Sementara itu, bapa malang berkenaan, Mohd Effendee Md Yusoff, 42, berkata, ketika ditemukan polis pada hari itu, dia tidak bimbang dan memberi maklumat sepenuhnya kepada anggota berkenaan.

MOHD Effendee bersama anaknya, Muhammad Alif Maulana (tengah) dan Muhammad Arif Maulana yang kini berteduh di Anjung Singgah, Lebuh Chulia. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Katanya, dia bersama dua anak, Muhammad Alif Maulana, 10, dan Muhammad Arif Maulana, 11, sebelum ini tinggal di sebuah rumah di Jelutong sebelum berlaku kebakaran pada 2020.

Berikutan isterinya pulang ke Indonesia, dia bekerja sebagai buruh kontrak di Johor, Klang, Selangor dan Ipoh, Perak dengan membawa bersama dua anak.

"Sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, saya tidak dapat bekerja dan hanya gunakan wang simpanan yang ada.

"Dua bulan lalu saya ambil keputusan pulang ke Pulau Pinang dan kerana tidak mampu menyewa rumah, kami jadikan bawah jambatan sebagai 'rumah'.

"Setiap malam saya sukar tidur kerana bimbang dengan keselamatan anak dan serangan ular berbisa," katanya di sini, hari ini.

Tidak mahu mengalah dengan hidup, Mohd Effendee kini bekerja sebagai nelayan dengan menangkap ikan di sekitar Batu Uban, di sini.

Katanya, rutinnya akan pulang ke Anjung Singgah selepas menangkap ikan dan sedang mengumpul wang bagi menyewa rumah.

"Pendapatan sebagai nelayan sekitar RM500 sebulan, cukuplah bagi kegunaan kami bertiga namun saya juga mahu keluar daripada keadaan ini dan mahu menjalani kehidupan baharu.

"Harapan saya mahu menghantar anak ke sekolah tahfiz supaya mereka dapat mengubah nasib keluarga dan tidak mahu mereka hidup begini," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 28, 2021 @ 11:34am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 12:28 PM | Show all posts
Allahu. kesiannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.112431 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list