CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 1

[Sarawak] Air Terjun Wong Pejik syurga pelancongan

[Copy link]
Post time 27-10-2021 11:46 PM | Show all posts |Read mode


PENEMUAN Air Terjun Wong Pejik di hulu Sungai Linau, Lusong Laku, Belaga membuktikan Sarawak mempunyai banyak lokasi yang dikategorikan sebagai ‘syurga alam’ tersembunyi.

Lebih menarik apabila kawasan ini mendapat jolokan Air Terjun Niagara Malaysia, memiliki ketinggian lebih 20 kaki dan 50 meter lebar.

Keindahan yang masih terpelihara ini sudah pasti bakal menjadi tempat mesti dilawati khususnya pelancong yang menggemari sukan lasak dan ingin lari daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota.

Lokasi tersembunyi yang terletak jauh di tengah belantara ini, merupakan syurga untuk pelancong ingin mencari kedamaian dan ketenangan, di samping menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh dinamakan sebagai taman eko rimba atau hutan rekreasi.

Sudah pasti, ia dapat dirasakan apabila menjejakkan kaki ke tanah Sarawak, sebuah negeri yang memiliki hutan terbesar di Malaysia.

Selain Wong Pejik, Sarawak sebenarnya memiliki banyak lagi kawasan hutan yang berpotensi untuk dimajukan.

Lokasi baharu itu banyak membuka peluang kepada pelancong, bukan sahaja menikmati habitat semula jadi malah melakukan pelbagai aktiviti lain seperti menyusuri hutan (Jungle Trekking), pendakian, perkhemahan dan lain-lain lagi.

Walaupun lokasinya tersembunyi namun menyediakan pemandangan indah dan santai selain mampu melahirkan kesedaran tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar.

Bagi sesetengah individu, ia juga berupaya meninggikan prestasi menerusi pembebasan fikiran daripada tekanan kesibukan kerja harian di samping memberi peluang dan dorongan untuk menjelajah di kawasan hutan sambil menikmati keindahannya.

Keunikannya juga berperanan sebagai menambah lokasi baharu penyelidikan sedia ada, sesuai dengan keasliannya yang terpelihara, sekali gus mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Justeru, hutan memainkan peranan yang amat penting kepada kehidupan sejagat.

Hutan yang diurus dengan baik serta dilitupi rimbunan pokok yang menghijau, menjadi agen pembebasan oksigen yang amat diperlukan untuk penafasan serta menyerap karbon dioksida yang tidak diperlukan.

Atas kepentingan itu pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Jabatan Hutan Sarawak untuk memastikan bumi Sarawak kekal dipayungi kawasan berhutan seperti pelaksanaan program restorasi landskap hutan sejak tahun 1990-an lagi.

Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan serta sasaran penanaman agak berbeza dengan apa yang ada pada hari ini.

Melihat kepentingan usaha-usaha untuk melestarikan alam sekitar agar seimbang dengan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, agensi itu turut mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya memperkasakan program itu bagi memastikan ia memberi impak dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hutan Sarawak telah menjenamakan semula program ini sebagai Kempen Penghijauan Sarawak.

Penjenamaan itu sekali gus meluaskan lagi skop pelaksanaan kempen tersebut agar benar-benar berkesan serta menyeluruh untuk diselaraskan dengan pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia.

Melalui Kempen Penanaman 100 Juta
Pokok yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara bermula tahun ini.

Usaha bersepadu yang memerlukan kerjasama semua pihak itu juga sejajar dengan peranan penting hutan dalam kehidupan manusia sejagat.

Keindahan flora dan fauna Sarawak tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Wong Pejik hanya sebahagian daripadanya kerana mungkin banyak lagi tempat lain menyajikan ‘sesuatu yang lebih menarik’ dan menunggu masa untuk diterokai.


suarasarawak.my/2021/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 04:16 AM | Show all posts
yelah tu kata nk kekalkan hutan...geng2 nie pantang nmpak lobang duit...alasan jumpa ayer terjun dlm hutan...ishhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051936 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list