CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 0

[Sarawak] Judi dalam talian: Suami isteri dikenakan perintah khidmat masyarakat

[Copy link]
Post time 27-10-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sepasang suami isteri diarahkan menjalani perintah khidmat masyarakat oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan tertuduh pertama, Awgku Mohd Hasnif Awang Zainal Abidin, 23, untuk menjalani perintah khidmat masyarakat selama dua jam sehari untuk tempoh empat bulan, seiring dengan Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib 1950.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh iaitu Sufina Kasman, 29, diarahkan menjalani perintah khidmat masyarakat selama sebulan dengan dua jam waktu bekerja sehari.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan tersebut didakwa secara bersama mengendalikan mesin perjudian dalam talian iaitu dua buah telefon pintar pada 24 Februari lepas di sebuah gerai burger di Stutong Stampin Baru, di sini, sekitar jam 8.15 malam.

Menurut fakta kes, pada malam kejadian, sepasukan polis membuat serbuan dan tangkapan terhadap pasangan tersebut kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah dua unit telefon pintar, wang tunai berjumlah RM337.00 dan dua keping kertas yang mempunyai kata laluan judi.

Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua tertuduh telah menjalankan urusan dengan mesin judi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Oleh itu, mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 4B (a) ARJT 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama yang sabit kesalahan, boleh dihukum tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 untuk setiap mesin judi atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Terdahulu sebelum dijatuhkan hukuman, Awgku Mohd Hasnif memohon agar mereka tidak dikenakan hukuman berat susulan dia perlu menjaga isterinya (Sufina) yang sedang mengandung enam bulan.

Kedua-dua tertuduh juga memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak mempunyai pekerjaan dan berasal dari keluarga susah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2021/10/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.077630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list