CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 0

[Sarawak] Dipenjara lapan bulan tumbuk ibu

[Copy link]
Post time 27-10-2021 03:26 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah menumbuk ibu kandungnya hingga mengalami kecederaan.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 25 September lalu dan berjalan serentak dengan hukuman penjara enam bulan yang sedang dijalaninya sekarang.
   
Yek Teng Siong, 34, dari Siang-Siang Garden, Pujut 6 di sini didakwa mengikut  Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.
   
Seksyen 326A memperuntukkan hukuman dua kali ganda tempoh penjara maksima yang ditetapkan di bawah Seksyen 323 (penjara setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali), jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, seorang wanita warga emas, 75, memberitahu sekitar jam 3 petang, 25 September lalu, semasa berada di rumah, anak lelakinya (tertuduh) tiba-tiba mengamuk dan memecahkan meja kaca.
   
Tertuduh turut bertindak memukul beliau menggunakan tangan hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tangan kanannya dan mengugut hendak membunuhnya.
   
Punca kejadian disebabkan berlaku perselisihan faham di antara mereka dan tertuduh dipercayai di bawah pengaruh dadah.
   
Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 9.50 malam hari sama, polis telah menangkap tertuduh di rumah keluarganya di Pujut 6 di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.
   
Semasa sebutan pertama kes pada 29 September lalu, tertuduh yang mengaku bersalah atas tuduhan pertama iaitu mengugut hendak membunuh ibunya, telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan.
   
Mahkamah kemudian menetapkan hari ini (27 Oktober) untuk pengurusan kes setelah dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua iaitu mencederakan ibunya.
   
Semasa pertuduhan dibacakan semula kepadanya pagi ini, tertuduh telah menukar pengakuannya kepada bersalah.
   
Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan dan berjalan serentak dengan hukuman yang sedang dijalaninya sekarang.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.




utusanborneo.com.my/2021/10/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052357 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list