BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau melupuskan barang kes jenis senjata api pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata sebanyak 10 laras senapang patah termasuk empat buatan sendiri antara yang dilupuskan dalam operasi tersebut. Menurutnya, terdapat juga 34 laras senapang angin, lima pistol angin dan 1,794 butir peluru turut dilupuskan.
"Kesemua barang kes yang dilupuskan merupakan barang kes senjata api yang telah dijatuh hukum atau kes tiada tindakan lanjut (NFA).
"Senjata api ini dilupuskan dengan kaedah potong, bakar dan tanam di dalam tanah di dalam kawasan IPD Bau," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Turut hadir menyaksikan pelupusan barang kes tersebut ialah Majistret Zubaidah Sharkawi dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau ASP Francis Boniface Barau.
utusanborneo.com.my/2021/10/27
|