CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 953|Reply: 0

[Sarawak] 660 lesen baharu sampan khas diperuntukkan kepada nelayan tahun ini

[Copy link]
Post time 27-10-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode


Liza ketika ditemui pemberita pada majlis yang diadadakan pada Isnin

DARO: Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah memperuntukkan pemberian sebanyak 660 lesen baharu sampan khas kepada nelayan di seluruh negeri pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Liza Long berkata, kuota lesen berkenaan diberikan selepas pemutihan dilakukan kepada 1,646 lesen sampan di seluruh Sarawak.

"Keseluruhan yang kita bagi pada tahun ini adalah sebanyak 660 kuota lesen baharu sampan khas dan kuota ini adalah yang ditetapkan jabatan bagi seluruh Sarawak untuk tahun 2021.

"Lesen baharu sampan khas ini memerlukan nelayan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan jabatan dan pada hari ini di kawasan Matu-Daro dan Pulau Bruit, seramai 28 nelayan yang telah memenuhi syarat untuk pelesenan sampan khas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Lesen Baharu Sampan Khas Nelayan Serta Bantuan Peralatan yang dirasmikan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS, Datuk Abdullah Saidol di Dewan Kampung Betanak, Pulau Bruit, Daro pada Isnin.

[

Menurut Liza, jabatan telah membekukan keseluruhan kuota lesen baharu dari kawasan Zon A hingga Zon sama ada untuk lesen sampan atau enjin.

Katanya jabatan hanya mengeluarkan permit bagi laut dalam untuk zon C2 sahaja.

"Namun disebabkan ada keperluan, maka jabatan menetapkan lagi kriteria yang perlu dipatuhi nelayan maka itu kita mengeluarkan sebanyak 660 lesen sampan khas untuk kawasan Zon A," ujarnya.

Sementara itu mengenai program yang diadakan, Liza berkata ia adalah lebih kepada majlis penyerahan Lesen Sampan Khas 2021 Bantuan Peralatan Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) komuniti 1.

"Kita telah melantik 27 Ketua Jaringan Perikanan kawasan Matu-Daro dan Pulau Bruit bertujuan menjadi mata dan telinga jabatan dalam mengenal pasti isu yang dihadapi komuniti nelayan.

"Selain itu kawasan ini juga telah Bantuan Projek Pembangunan Modal Insan Kumpulan Sasar Perikanan berupa Solar Dome bernilai RM32,200 yang merupakan julung kalinya diberikan.

"Solar Dome adalah tempat pengeringan produk perikanan yang boleh mengurangkan tempoh pengeringan daripada satu minggu kepada 24 jam," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.045713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list