KUCHING: Menteri Muda Belia Dan Sukan Datuk Snowdan Lawan memberitahu tarikh baharu berlangsungnya temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan dapat diketahui Khamis ini.
Menurutnya, mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Sukma secara maya diadakan Khamis ini (28 Oktober).
“Kita akan dapat mengetahui tarikh baharu temasya berprestij negara itu selepas mesyuarat berkenaan” ujar Snowdan ketika mengulas mengenai perkara itu. Menurut beliau, tiada masalah dipihaknya disebalik perubahan yang berlaku itu.
Malah katanya, kontinjen Sarawak sebagai mana biasa sudah bersiap sedia untuk mengharungi kejohanan dwitahunan negara itu.
Apa yang pasti katanya, Sukma yang tertangguh ekoran pandemik Covid-19 akan berlangsung di Kuala Lumpur.
suarasarawak.my/2021/10
|